Latest News

Wednesday 18 October 2017

Tun Dr Mahathir Guna Strategi Marxis.


1. Mantan Perdana Menteri itu hanya mengenal seorang musuh, iaitu Dato Seri Najib Razak. Beliau mengarahkan serangan hanya pada Perdana Menteri seorang. 

2. Mantan Perdana itu tahu, jika Najib tumbang, maka parti pimpinan beliau juga turut tumbang. Setidak-tidaknya itulah fahaman yang cuba disematkan kepada ahli dan penyokong pembangkang.

3. Tun Dr Mahathir lupa bahawa untuk menang pilihan raya dalam negara ini, perlu sejumlah kerusi parlimen atau DUN, bukannya terletak pada satu-satu kawasan. 

4. DS Najib hanya mewakili satu kawasan, iaitu Parlimen Pekan. Katakan, beliau kalah di Pekan. Tidak bermakna kawasan lain juga kalah. Kekalahan seorang presiden parti, tidak semsetinya calon-calon lain juga kalah. 

5. Di negara ini, banyak contoh presiden sesebuah parti kalah, tetapi tidak membawa kepada kekalahan seluruh calon parti.

6. Kalaupun DS Najib Razak ditakdirkan kalah di Pekan. Sebagai impak kekalahan itu, beliau tidak akan dilantik Perdana Menteri, akan tetapi parti yang beliau wakili tetap memerintah.

7. Memang benar, pada PRU-14 sejumlah 14juta pengundi bakal mengundi. Daripada jumlah itu 3juta adalah ahli Umno, belum lagi termasuk ahli parti-parti komponen Bn. 

8. Dari Perlis hingga ke Sabah, ahli parti-parti komponen seramai 3juta. Jika seluruh ahli Bn mengundi Bn, maka undi yang diperoleh seramai 6 juta. Jumlah itu merupakan 43% daripada jumlah pengundi. Jumlah itu, jika diterjemahkan kepada kerusi, akan berjumlah 130 daripada 222. Jumlah 130 merupakan jumlah yang cukup kuat untuk menubuhkan kerajaan, walaupun hanya dengan majoriti mudah.

9. Memang diperkirakan, bahawa pada PRU-14, undi popular belum berpihak kepada Bn, kerana pengundi bandar masih berpihak kepada pembangkang. 

10. Kalau dilihat senario pilihan raya negara ini, PRU-13 merupakan IBU kepada semua pilihan raya. Boleh dikatakan pencapaian pembangkang sudah sampai dipucak semasa PRU itu. 

11. Kalaupun, pada PRU-14, meneruskan kecenderungan itu, keputusannya tidak akan jauh berbeza. Jika berlaku “give and take’, ertinya ada kawasan yang ditawan masing-masing pihak, juga berlaku ada kawasan-kawasan yang tewas, jika belaku “zero sum”, status quo akan bertahan. Jika demikian, maka keputusan PRU-14 akan serupa keputusan PRU-13.

12. Strategi Tun Mahathir yang menggunakan pendekatan Marxis, iaitu hanya memilih seorang MUSUH, yakni Dato Seri Najib Razak, tidak akan pergi jauh.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook