Latest News

Tuesday 28 November 2017

Apa Masalah Warga Asing Hadir Di JPN ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan UMNO-BN menafikan borang perisian IC... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

TIADA hubungan kewarga negaraan dengan warga asing hadir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pengguna facebook itu, hanya membuat andaian, seperti orang buta, menyangka ular sebagai belalai gajah.


Tuduhan bahawa JPN dengan mudah memberikan kewarganegaraa atau kerakyataan kepada orang asing hanya kerana melihat ada orang asing hadir di JPN adalah dakwaan serkap jarang.

Sekian lama, pihak-pihak yang menganggap hero di laman sosial seperti pengguna facebook itu membuat dakwaan, namun, mereka itu, bukan sahaja tidak dapat memberikan bukti, malah tidak pernah membuat laporan sehingga tertangkapnya warga asing yang diberikan kerakyatan secara tidak betul.

Perlu diingat, JPN, bukan sahaja mendaftar rakyat negara ini, akan tetapi rakyat asing. Mendaftar rakyat asing, bukan bermakna mereka itu diberi kerakyatan, akan tetapi hanya dokumen yang menunjukkan status seseorang itu. Pendaftaran seumpama ini, bukan sahaja berlaku di negara kita, malah di luar negara juga, apabila ada rakyat Malaysia dilahirkan di negara asing, maka perlu mendaftar kelahiran itu, untuk mendapatkan dokumen kelahiran.

Apabila individu seperti pengguna facebook itu, yang tidak tahu apa-apa berkaitan dengan pentadbiran, namun mengaku serba tahu, sama seperti tukang tayar bercakap berkaitan pembedahan jantung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook