Latest News

Wednesday 1 November 2017

Benarkah Shafie Hero Sabah Selepas Siasatan SPRM?


1. Benar kah anggapan bahawa tindakan SPRM menyiasat Datuk Shafie Apdal kerana skandal Dana RM7.5bilion KKLW maka beliau menjadi hero? Jika demikian, maka untuk menjadikan seseorang pemimpin itu menjadi hero, maka SPRM perlu membuat siasatan.


2. Ada pihak-pihak yang membuat dakwaan, antaranya mantan pemimpin Sabah tahun 80-an dan seorang penganalisis daripada UNIMAS kononnya, parti Warisan Sabah akan mendapat sokongan rakyat Sabah, hanya kerana Presidennya disiasat SPRM.

3. Mereka itu mendakwa, bahawa rakyat Sabah menganggap SPRM bertindak selektif dalam menjalankan siasatan. Makna dakwaan itu, maka di Sabah atau di negara ini banyak sangat pemimpin yang terlibat rasuah, akan tetapi tidak disiasat.

4. Sungguh malang bagi para pemimpin yang rasuah itu tidak menjadi hero, hanya kerana tidak disiasat SPRM.

5. Jika benar atau ada kelojikan, bahawa pemimpin yang terpalit rasuah atau salah guna kuasa kemudiannya apabila disiasat, maka menjadi hero, maka adalah diminta bahawa pemimpin yang tidak disiasat SPRM maka perlu meminta penyokong atau pihak lain membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat mereka, supaya juga menjadi hero seperti Shafie.

6. Ada lah gerhana bagi rakyat Sabah, jika tidak percaya kepada tindakan SPRM menyiasat seseorang pemimpin. Jika demikian, maka agensi itu, tidak sepatutnya wujud lagi, kerana tindakan mereka bukan sahaja diragukan, malah individu yang disiasat akan menjadi hero kepada rakyat.

7. Sungguh malang bagi rakyat luar bandar Sabah yang dinafikan hak merasai kemudahan asas, kemudiannya ada pihak mahu memberitahu mereka, mengapa kemudahan itu tidak sampai kerana tindakan pihak-pihak tertentu, namun tindakan pihak-pihak tertentu bukannya dikecam, akan tetapi diangkat menjadi hero, malah idola. Mungkin mesej inilah yang ingin disampaikan, bahawa jika anda mahu menjadi hero, maka anda perlu anda perlu bertindak melanggar udang-undang, supaya SPRM terpanggil untuk menyiasat.

8. SPRM hanya bertindak menyiasat. Manakala pendakwaan ditentukan oleh pendakwaraya. Jika pendakwaraya mndapati ada prime facie sesuatu kes, maka akan diputuskan untuk di bawa ke mahkmah untuk pendakwaan, jika sebaliknya, maka siasatan hanya berakhir dengan (ribon merah palang X dengan nota: NFA ( Tiada tindakan lanjut).

9. Oleh kerana Shafie sudah “dinobatkan” sebagai Hero, maka kemungkinan besar siasatan terhadap beliau berkaitan dana RM7.5bilion KKLW yang dikatakan tidak kurang RM1.5bilion diselewengkan akan berakhir dengan NFA.

10. Berdepan dengan PRU-14, maka UBN (Umno Bn) Sabah perlu siap-siap menjadi pembangkang, kerana HERO akan membentuk kerajaan baru!!!! Jika demikian, maka suatu sejarah baru bagi Sabah tercatat!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook