Latest News

Wednesday 8 November 2017

Betul Kah Loji Air Sungai Intan- Projek Kecemasan?


1. Sesebuah projek dianggap kecemasan, kalau dalam masa jangka pendek dapat menyelesaikan masalah rakyat. Namun penduduk di sekitar sungai itu, bukanpun ramai, hanya lebih kurang 1800 orang. Jika memang ianya projek kecemasan, apa kah loji itu bukan untuk penduduk yang mendiami kawasan itu?


2. Kalau melihat kapasiti loji itu, iaitu 6MLD (million liter per day) bukan sahaja cukup untuk penduduk di kawasan itu, malah boleh menjangkau kawasan lain.

3. Laporan Utusan online hari ini, bersama dengan gambar penduduk di kawasan Sungai Intan yang mendakwa sejak dari dahulu lagi, tidak merasakan apa itu bekalan air, sehinggalah sekarang. Menerusi pengakuan penduduk Sungai Intan itu, secara sekaligus, memang dakwaan terhadap loji itu tidak berfungsi seperti mana tujuan loji itu dibina adalah betul.

4. Projek bernilai RM48juta, namun tidak dapat mengatasi masalah rakyat yang sepatutnya diatasi, kalaupun bukan jangka panjang tetapi jangka pendek.

5. Mungkin daripada segi speksifikasi loji itu, memangpun dibina menurut spek atau BQ, namun tujuan pembinaannya, tidak menepati tujuan. 

6. Contoh mudah, jika seseorang masak nasi, sudah tentu nasi itu dihidangkan kepada mereka yang lapar. Namun, apa yang berlaku, nasi yang dimasak, tidak dihidangkan, sebaliknya dibiarkan basi, maknanya, memangpun tidak salah bagi tukang masak, yang salah adalah mereka yang menyuruh masak. Pihak SPRM menyiasat siapa yang suruh masak, dan agensi itu mahu tahu mengapa nasi yang sudah dimasak tidak dihidangkan kepada mereka yang lapar? kerana nasi yang dimasak itu, dibeli dengan wang kerajaan yang sepatutnya dihidangkan kepada mereka yang lapar.

7. Kini, rakyat yang lapar menyalahkan kerajaan. Mendakwa kerajaan tidak menunaikan janji. Sedangkan pada dasarnya kerajaan sudahpun menunaikan janji. Bermotif politik kah? jika SPRM mahu merungkai mengapa nasi yang dimasak itu tidak dihidangkan? Sedangkan jelas, agensi itu bertanggungjawab menyiasat dana awam yang dibelanjakan, akan tetapi tidak sampai ke sasaran.

8. Penulis yakin, jika tujuan asalnya, bahawa projek itu projek kecemasan, dan rakyat yang mendiami kawasan di mana loji itu dibina telah menikmati bekalan air, maka tidak akan timbul siasatan SPRM.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook