Latest News

Saturday 11 November 2017

Blog “Suarakamikiniblogspot.com” Blog Sembang Kencang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kalau tidak beret sebelah siasat Musa Aman... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Apa yang ditulis oleh blog itu, bukan berunsur argumen, akan tetapi perbualan kedai kopi, yang tidak akan berakhir-akhir ke mana-mana, malah perbualan itu diselingi aramaiti, mungkin antara kawan saling tikam menikam.



Perbualan kosong seupama ini, digemari mereka seperti mana admin blog tersebut, kononnya, menerusi perbualan itu boleh memberi persepsi negatif kepada pemimpin yang disukai.

Kata orang, siapa yang makan nangka, pastilah yang makan itu yang kena getah. siapa yang minum arak, pastilah orang itu yang mabuk. Siapa yang terjun ke sungai, pastilah orang itu yang basah. Tak kan lah, orang yang tidak makan nangka, dipalitkan dengan getah?

Admin blog itu fikir SPRM itu dianggotai oleh orang-orang yang bodoh-bodoh, tidak mengenal dosa pahala, tidak mengenal buruk baik, tidak mengenal mana betul mana salah. 

Para pegawai SPRM bukanlah seperti admin blog itu, hanya jaguh dimedia sosial. Jaguh bukan kerana mempunyai fakta, atau hujah yang mempunyai merit, akan tetapi hujah berasaskan hujah kedai kopi, tidak diketahui mana pangkal mana hujung.

Kalau membela Shafiepun, bukan bersandarkan kepada hujah Shafie, kerana hujah MP Smporna itu, adalah hujah menyelematkan diri, bukan hujah berasaskan fakta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook