Latest News

Sunday 5 November 2017

Cerita Bohong dan Fitnah Sudah Menjadi Prinsip Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sedarkah kamu semua wahai sabahan Bahawa Najib Razak telah meminjam RM100 Bilion... Oleh FB Khalid Aman (screenshot)

Cerita yang ditularkan, merupakan cerita bohong dan fitnah. Dalam dunia, tiada istilah mengadai barang atau apa benda pun, antara dua negara. Dalam istilah ekonomi atau perdaganganpun, yang berlaku adalah ekonomi dua hala, antara dua negara. Macam menjual goreng pisang, sibeli hulur duit, si penjual goreng pisang beri pisang yang digoreng.


Jika berlakupun, pinjaman luar negara oleh Malaysia, ianya tidak membabitkan koleteral. Sesebuah negara meminjamkan wang kepada sesebuah negara lain, berasaskan rating negara itu dalam dunia kewangan antarabangsa, rating itupun hanya menentukan tinggi rendahnya faedah.

Dalam industri minyak dan gas, tidak perlu pinjam duit, kerana syarikat yang berminat bersedia melabur, terpulang kepada negara pemilik minyak dan gas, apa kah membenarkan ataupun tidak.

Dalam cerita yang ditularkan ini, kononnya DS Najib mengadaikan telaga minyak negara. Untuk apa mengandaikan telaga minyak? sedangkan petronas sendiri mempunyai wang. Hanya orang bodoh percaya pada cerita karut ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook