Latest News

Thursday 30 November 2017

Ciri Pengundi Di Malaysia

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Patutlah Paki's smakin berlluasa d Sabah... Oleh FB Sharul Ekine (screenshot)

Tahu kah anda, bahawa warganegarapun (kad pengenalan biru) tidak layak mengundi kalau dijatuhi hukuman lebih 12 bulan penjara pada hari mengundi. Tahu kah anda, pada masa mengundi, wakil-wakil parti berada di tempat penyemakkan pengundi sebelum seseorang dibenarkan memasuki bilik mengundi? Kalau pembangkang yang berada pada tempat penyemakkan itu, membenarkan mereka yang bukan berkad pengenalan biru memasuki bilik mengundi, maka mereka itu, sebahagian daripada pengkhianat negara, kerana membenarkan individu yang tidak layak mengundi untuk mengundi.



Pada masa mengundi, hanya mereka yang berkad pengenalan biru sahaja yang dibenarkan memasuki bilik mengundi, dan jika ada pengundi yang mencurigakan, sudah tentu akan dibantah, lagipun hanya warganegara sahaja dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

Isu yang diviralkan itu, hanya cerita palsu, kerana tidak pernah berlaku, bukan warganegara dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

Jika benarlah, kerajaan yang memerintah mempunyai pengaruh terhadap senarai pengundi, tidak MUNGKIN pembangkang menang, apatah lagi memerintah beberapa negeri.

Terlalu bodoh, sesiapa yang percaya cerita karut seperti mana ditularkan itu, bahawa pemegang kad sementara dibenarkan mendaftar sebagai pengundi. Semakan terhadap nama yang diviralkan, menunjukkan TIADA REKOD DITEMUI. Makna kata, pengguna facebook itu memviralkan sesuatu yang palsu. Pihak polis dan SKMM perlu bertindak menangkap pengguna facebook ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook