Latest News

Saturday 4 November 2017

Dolak Dalih Shafie Apdal Mengenai SPRM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YB Terrence Siambun to be calling on MACC over illegal hill cutting in Penampang !... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

Apabila SPRM menyiasat Datuk Shafie Apdal berkaitan kehilangan dana RM1.5bilion daripada RM7.5bilion dana KKLW daripada tahun 2009-2015 semasa Presiden parti Warisan Sabah menjadi menteri, dikatakan oleh pemimpin pembangkang bahawa SPRM adalah alat politik Bn, sebab itu mereka mendakwa bahawa siasatan terhadap Shafie bermotifkan politik.


Kini, percaya pula pada agensi itu untuk menyiasat pemotongan bukit di Penampang. Pemotongan bukit di kawasan itu dikatakan penyebab kerapnya banjir kilat di kawasan itu, kerana sungai dan perparitan menjadi cetek akibat limpahan tanah daripada pemotongan bukit.

Memang diakui, di kawasan itu ada aktiviti pemotongan bukit, samada rasmi mahupun tidak. Berkaitan pemotongan bukit secara haram, awal tahun ini, jabatan tanah dan ukur telah merampas jentera berat dilokasi di mana berlaku pemotongan bukit secara haram, namun, selepas itu, masih berlaku pemotongan bukit dilaksanakan secara curi-curi. Aktiviti pemotongan ini, ibarat kucing dan tikus, selepas pemantauan pihak berkuatkuasa hilang daripada pandangan, aktiviti diteruskan.

Jika ADUN Moyog masih percaya kepada SPRM, maka beliau dengan segera membuat laporan dan kalau boleh bersama bukti-bukti, supaya aktiviti haram ini dapat dilumpuhkan. Kerajaan negeri termasuk Pegawai Daerah akan berterima kasih kepada wakil rakyat itu, jika pesalah dapat ditangkap supaya aktiviti pemotongan bukit secara haram dilumpuhkan.

Kerajaan tidak akan melindungi aktiviti yang melanggar undang-undang. Jika ada pihak yang menjadi petualang, maka mereka itu perlu ditangkap kerana mencemarkan nama kerajaan. Mereka itu ibarat seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. Sama seperti para individu yang terlibat dalam skandal dana KKLW yang berjumlah RM7.5bilion, akibat tindakan segilintiir individu, maka rakyat luar bandar dinafikan hak merasai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan kampung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook