Latest News

Wednesday 29 November 2017

Fitnah : Pembangkang Berpisah Tiada

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PROJEK IC UNTUK PRU KE-14 DI SABAH... Oleh FB Momogun (screenshot)

Pembangkang ketandusan isu, sehinggakan terpaksa melakukan tindakan fitnah. Pada PRU-13, pembangkang juga melakukan fitnah, kononnya 40ribu Bangla didaftarkan sebagai pengundi. Pada kali ini, fitnah pula melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pihak polis dan SKMM adalah diminta untuk menangkap pemimpin pembangkang atau agen mereka yang melakukan fitnah melibatkan JPN, kerana ianya merosakkan imej agensi itu.

Perlu diketahui, bahawa sistem JPN sekarang terlalu sukar dimanipulasi, kerana setiap rakyat yang diberi kad pengenalan, mempunyai “family tree” masing-masing, dan jika ada pemohon di mana pemohon itu tiada “family tree” sistem keselamatan agensi itu akan “alert” dan mudah diselidiki jika ada pihak-pihak tertentu dalam jabatan itu melanggar peraturan yang sedia ada.

Mungkin 30 tahun lalu, di mana sistem berkomputer belum dilaksanakan sepenuhnya oleh jabatan itu, maka jika ada petualang melanggar peraturan agak lama untuk diketahui, namun pada masa sekarang, tidak akan berlaku lagi, kerana sistem JPN sudah berada dalam keadaan canggih.

Jika ada rakyat asing diterima sebagai warganegara, maka ianya mempunyai proses yang sangat panjang, selain dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan oleh sistem komputer, jika dokumen-dokumen itu tidak tersedia, maka sistem komputer tidak akan memproses sebarang permohonan.

Menerusi dakwaan pihak pembangkang, menerusi borang yang ditular di internet, sebenarnya borang itu selain tidak wujud, akan tetapi juga tidak memenuhi persyaratan sistem komputer. Oleh kerana itu, borang seumpama itu, tiada impak apa-apa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook