Latest News

Tuesday 21 November 2017

Hak Sabah Menerusi MA63

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BOLEH HARAPKAH... Oleh FB Edward Stephen (screenshot)
(ii) Mau lagi percaya... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(iii) Dalam newspaper atau News Portal BN berabis kasih bodoh sama Sabahan bilang mo fight utk rakyat Sabah terutama dlm isu MA63... Oleh FB Matt Le Tissier (screenshot)

Kalau sesiapa yang membaca Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang original, hanya tertulis hak-hak Sabah yang dianggap sebagai kuasa autonomi, sebab, keistimewaan itu hanya ada pada Sabah dan Sarawak. Hak keistimewaan itu adalah- Kerajaan Tempatan, Hak atas tanah dan Hak Imigrasi. Pada masa perjanjian itu, belum timbul lagi soal minyak, soal pelancongan, atau pendapatan daripada cukai.


Sehingga sekarang, hak-hak itu tetap berada di tangan Sabah. Hanya bermula pada tahun 1974, apabila Akta Petroleum negara ditubuhkan, untuk tujuan carigali minyak, dan seterusnyanya Sabah menandatangi perjanjian dengan Petronas, jika terdapat minyak dan gas di kawasan Sabah, maka Sabah akan menerima bayaran 5% daripada nilai kasar minyak dan gas itu. Sebagai catitan, Sabah tidak mengelurkan satu senpun modal, sebaliknya hanya kawasan carigali. Hingga setakat ini, kawasan telaga minyak semuanya berada di kawasan laut, iaitu di kawasan ZEE (Zone ekonomi eklusif) negara.

Menerusi modus operandi antara Petronas, 15% daripada hasil jualan dibahagi 3, iaitu 5% untuk Persekutuan (sebagai penyedia kawalan keselamatan), 5% untuk Petronas sebagai pusingan modal, dan 5% untuk Sabah.

Pada tahun 1965, apabila Sabah dan Sarawak belum mempunyai sebarang pendapatan untuk membangun, Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan, dan ianya beterusan sehingga kini. Peruntukan itu berupa, pembinaan jalan-jalan raya, klinik-klinik kesihatan atau rumah-rumah sakit, sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan persekutuan, termasuklah universiti.

Secara adil, kalau ada yang mengatakan, bahawa hasil Sabah berbilion-bilion sejak dahulu, di mana bukti itu? sedangkan pada Bajet 2018 Sabahpun, pendapatan negeri dianggarkan hanya RM4.17bilion setahun, sedangkan jumlah perdagangan Import-Eksport hanya RM74bilion, dan perlu diingat, setiap keuntungan atau lebihan dagangan itu, bukan pendapatan negeri, akan tetapi pendapatan syarikat atau para peniaga.

Dalam mana-mana statistik, tiada bukti, bahawa pendapatan Sabah masa lalu, pernah mencapai RM10 bilion setahun, kerana pendapatan tahun 2018 merupakan rekod bagi Sabah.

Mereka yang bercakap berkaitan pendapatan Sabah, hanya hero di depan komputer, atau media sosial, atau kedai kopi, kerana tiada asas berkaitan dakwaan itu.

Mengapa DS Najib Razak, berkata, jika ada hak Sabah pernah diambil maka akan dipulangkan, dan mereka yang mendakwanya, perlulah mengemukakan butiran, atau senarai, yang berbentuk penyata akaun, yang terbahagi kepada DEBIT DAN KREDIT. Kini, terserah kepada Sabah, untuk mengemukakan penyata akaun itu. Jangan marah, jika DEBIT lebih besar daripada KREDIT, dan jika itu berlaku, maka Sabah perlu mengembalikan lebihan itu. Namun jika KREDIT lebih besar, Perdana Menteri sudah berjanji, akan memulangkannya dengan segera.

Ada sesiapa di luar sana mempunyai butiran yang sahih? bukan ikut sedap mulut!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook