Latest News

Monday 27 November 2017

Jalan Kampung/Jalan Pertanian Pun Dijadikan Fitnah Oleh Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Orang kampung di KM guna jentera tulang 4 kerat baiki Jalan kampung... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)


Di kampung-kampung, di mana penduduknya tidak sampai 300 orang, biasanya jika ada permohonan jalan kampung, kerajaan akan membina jalan itu secara one-off, apa kah peruntukan daripada peruntukan wakil rakyat, atau peruntukan kementerian termasuk KKLW.


Jalan kampung yang dibina secara one-off, memang tiada peruntukan berulang, namun, jika ianya dimasukkan dalam senarai Pejabat Daerah atau JKR di kawasan demikian, maka peruntukan akan disalurkan secara one-off.

Jalan kampung yang ditunjukkan, di mana sepotong rosak, kemungkinan disebabkan oleh banjir, maka biasanya jalan pembaikan jalan ini dilaksanakan oleh JKKKK secara gotong royong, dan sedikit peruntukan daripada wakil rakyat kawasan berkenaan.

Kerajaan mempunyai komitmen membina jalan perhubungan di sesebuah kampung atau perkampungan, jika penduduk di kawasan itu melebihi 300 penduduk, dan kawasan itu ada produk pertanian yang perlu di bawa keluar untuk tujuan pasaran. Namun, jika kampung atau perkampungan tersebut tidak banyak produk pertanian yang perlu di bawa ke pasar, maka biasanya, jika JKKKK mengemukakan permohonan jalan menerusi Pejabat Daerah atau Jabatan Kerjaraya di kawasan itu, maka jalan tersebut akan dibina. 

Kerosakan jalan yang diviralkan itu hanya bersifat sementara, jika jalan itu memang tersenarai dalam tindakan pejabat daerah atau JKR setempat. Kemungkinan besar jalan itu, semasa tulisan ini dibuat telahpun dibaiki olej JKR setempat. Jika pengguna facebook itu telus, maka perlu memuat gambar terkini, keadaan jalan itu, masa kini. AFS, kalau tidak silap, gambar ini yang diviralkan itu, adalah gambar tahun 2013, bukan gambar terkini jalan tersebut. AFS, sedang mengenalpasti, di mana lokasi jalan tersebut, kerana pengguna facebook itu, tidak memberi maklumat berkaitan lokasi jalan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook