Latest News

Saturday 4 November 2017

Kesan Kehadiran Pekerja Asing Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah mencatatkan populasi kedua tertinggi selepas Selangor iaitu... Oleh FB Page Tulun sabah (screenshot)

Memang daripada segi peratusan, rakyat asing di Sabah cukup tinggi, iaitu 30% daripada penduduk, berbanding Nasional, yang mana peratusan rakyat asing hanya 10.3%. 


Penduduk Malaysia seramai 32juta, 27.7juta adalah warganegara (89.7%). Bagi Sabah pula daripada 3.9juta penduduk Sabah, 2.7juta adalah warganegara (70%), manakala 1.1juta rakyat asing (30%). Rakyat asing di Sabah kebanyakannya adalah buruh ladang, buruh bangunan, buruh pada sektor perikanan, kebanyakan mereka itu, samada rakyat Indonesia mahupun Filipina.

Sabah adalah negeri yang dikelilingi negara jiran yang miskin, sehinggakan rentas sempadan berlaku, hanya kerana untuk menumpang kehidupan di Sabah. Bagi mereka ini, mencari sumber kehidupan di Sabah jauh lebih mudah berbanding di negara mereka, lagipun sektor yang mereka terokai, adalah sektor yang tidak diminati rakyat Sabah.

Sektor peladangan, pembinaan atau perikanan, akan meronta-ronta, jika buruh asing dilarang masuk ke Sabah.

Memang diakui, kehadiran pekerja asing membawa positif dan negatif kepada negeri, namun, ianya tidak dapat dielakan, kerana adanya permintaan terhadap mereka itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook