Latest News

Sunday 19 November 2017

MA63: Apa Yang Dituntut?


1. Dato Seri Najib Razak semasa berucap pada Majlis Perasmian Kongress ke-32 parti PBS di Kota Kinabalu pada Ahad, dengan jelas menyatakan, jika pada MASA LALUada faktor-faktor atau butirar-butiran dalam Perjanjian Malaysia (MA63) yang terambil, maka Kerajaan Persekutuan bila-bila masa bersedia mengembalikannya, namun OLEH KERANA berbagai tafsiran berkaitan BUTIRAN-BUTIRAN ATAU FAKTOR-FAKTOR yang kononnya telah DIAMBIL menyukarkan pihak Kerajaan Persekutuan mengenaipasti BUTIRAN-BUTIRAN ATAU FAKOR-FAKTOR tersebut. Oleh kerana kecelaruan TAFSIRAN maka, untuk sampai ke penyeneraian SENARAI PENDEKPUN belum sampai ke tahap itu.


2. Memamg betul, Kabinet telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk melihat/mempelajari butiran-butiran/senarai-senarai dalam MA63 yang TELAH TERAMBIL, TERLEBIH BERI, BELUM TERLAKSANA, yang dipengerusikan bersama oleh Datuk Nancy Shukri (Sarawak) dan Datuk Anifah Aman (Sabah), namun sepertimana pengakuan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg, bahawa jawatan kuasa itu, bukan sahaja ‘lembam” akan tetapi “tidak” mempunyai “uhmm” sebab itu Sarawak menubuhkan Jawatankuasa baru yang dipengerusikan oleh tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Memandangkan “tingginya” status jawatankuasa itu, maka Abang Johari mengharapkan, dipihak Persekutuan diwakili oleh seseorang yang kanan misalnya Timbalan Perdana Menteri.

3. Di Sabah, memang ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri- Datuk Teo Chee Kang, malah beliau telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar, sebelum pembentangan Bajet 2018 negara pada 27 Oktober lalu, meminta menerusi Bajet tersebut supaya dimasukkan berkaitan 40% “net revenue” Persekutuan yang diperolehi daripada Sabah.

4. Berkaitan dengan “net revenue” inilah timbulnya berbagai tafsiran, seperti mana pengertian dalam “note to the account’ dalam laporan Kewangan sesebuah syarikat. Pengertian nota akaun ini, perlu dipersetujui oleh kedua pihak, kerana tanpa persetujuan mengenainya, maka tidak akan menghasilkan apa-apa. Selain itu, terma-terma yang digunakan oleh kerajaan negeri perlu mempunyai pengertian yang sama daripada Kerajaan Persekutuan, jika itu, maka timbulah istilah BERBAGAI TAFSIRAN SEPERTI MANA KENYATAAN DATO SERI NAJIB RAZAK pada Ahad. 

5. Untuk mengenaipasti, apa kah menerusi MA63, ADA YANG TERLEBIH AMBIL, TERKURANG BERI atau ada yang belum terberi, maka perlu ada DEBIT DAN KREDIT, sejak penubuhan Persekutuan Malaysia. Menerusi senerai panjang itu, akan diketahui, butiran-butiran yang menunjukkan BAKI.

6. Bercakap berkaitan “wang” tidak boleh main sedap mulut sahaja, akan tetapi perlu butiran-butiran/senarai-senarai yang diperakui bersama. jika dokumen itu tersedia, maka baharulah SENANG MEMBUAT KEPUTUSAN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook