Latest News

Monday 13 November 2017

MA63 Betul Kah Isu Di Sabah?


1. Menurut Joseph Goebbels jika sesuatu isu yang karut, jika diulang-ulang, maka isu diterima sebagai benar. Demikian juga berkaitan MA63, kerana kerap diulang-ulang, dan mereka yang mengulang-ulang itu, adalah petualang-petulang politik, maka MA63 menjadi perhatian, sehinggakan ditubuhkan jawatan kuasa yang dipengerusikan dua menteri persekutuan (Datuk Anifah Aman dan Datuk Nancy Shukri).


2. MA63, ibarat sebuah perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai dan memutuskan untuk berkahwin 54 tahun lalu. Dalam perjalanan masa yang melebih setengah abad, kini, ada anak-anak atau cucu-cucu antara dua insan itu, terbahagi-bahagi pandangan mereka berkaitan perkahwinan itu. Ada yang gembira/suka, ada yang ragu-ragu dan ada yang mempertikai perkahwinan itu.

3. Bagi mereka yang suka/gembira, kerana merasa bersyukur, kerana adanya perkahwinan itu, maka menikmati apa yang perlu dinikmati sebagai pewaris kepada dua insan tersebut. Manakala yang ragu-ragu, hanya kerana pengaturan warisan atau harta yang diagihkan, ada yang lebih ada juga yang kurang. Manakala yang mempertikai, adalah mereka yang menyesal menjadi sebahagian daripada keturunan dua insan yang berkahwin pada tahun 1963. 

4. Mereka yang mempertikai ini, bukan sahaja seperti kacang lupakan kulit, akan tetapi bertindak seperti melepaskan anjing tersepit. 

5. Mereka yang tergolong dalam kategori ini, adalah sebenarnya anak-anak atau cucu-cucu yang sebenarnya mendapat peluang malah mendapat keutamaan daripada dua insan yang berkahwin pada tahun 1963. Mereka ini, mendapat pendidikan yang baik, mendapat peluang pekerjaan yang baik, malah mempunyai ekonomi yang lebih baik berbanding dengan anak-anak atau cucu-cucu lain yang termasuk dalam kategori bersyukur.

6. Adalah lumrah kehidupan, mereka yang tergolong kepada kumpulan yang tidak bersyukur ini, jumlahnya sedikit, berbanding mereka yang bersyukur. Sebab itu, sebarang muslihat mereka, walaupun menggunakan berbagai kaedah, untuk mempengaruhi yang ramai, mereka tidak berjaya. 

7. Mengapa mereka tidak berjaya? sebabnya yang majoriti adalah kumpulan orang-orang yang rasional dan tahu apa itu budi. Tahu erti, ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Sedangkan mereka yang tergolong dalam kumpulan yang tidak bersyukur, adalah kumpulan yang menafikan pengertian peribahasa itu.

8. Mereka yang tergolong dalam kumpulan tidak bersyukur ini adalah kumpulan oportunis, tidak berpijak pada bumi nyata, mereka mengadaikan bahawa sesuatu yang berlaku itu, dapat dikawal dengan akal dan fikiran, sedangkan apa yang berlaku itu dalam perjalanan perkahwinan itu, adalah kombinasi daripada semua faktor, baik faktor spritual, alam semula jadi, dan faktor kemampuan manusia ciptaan Tuhan.

9. Cuba bayangkan, selama 22 tahun, pemerintahan Tun Dr Mahathir, tidak terfikirkanpun untuk membina infrastruktur untuk memajukan Sabah, dan hanya selepas DS Najib Razak mengambil alih jawatan itu, timbul pri mustahaknya, infrastruktur . Demikian juga, mereka yang tergolong dalam kategori tidak bersyukur itu, tidak terfikir bagaimana pentingnya infrastruktur bagi menupang aktiviti ekonomi, akan tetapi asyik dengan isu borneonisasi, asyik dengan agama, asyik dengan status negeri (dalam segi panggilan), asyik dengan batu sumpah (mengapa tidak diletakan di tempat asal), 

10. Kini, termasuk sebahagian pemimpin kerajaan terperangkap dengan “net revenue” 40% daripada cukai yang dikutip kerajaan Persekutuan daripada Sabah, tanpa melihat atau membuat kajian, berapa nilai net revenue itu, berbanding komitmen yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada Sabah. Kalaulah dituangkan di atas kertas dengan pendekatan akaun, iaitu debit dan kredit, tahu kah mereka berapa amaun dalam ruang debit, dan berapa amaun dalam ruang kredit.

11. Kalau melihat kepada komitmen kerajaan Persekut

uan, misalnya mengurus pendidikan dalam negeri, termasuk sekolah-sekalah, kolej-kolej atau universiti, hospital, pasukan keselamatan, jalan raya persekutuan, apa kah net revenue 40% itu berada pada ruang debit atau kredit? Jika melihat kepada pekembangan semasa, termasuk kos Esscom/Esszone, lebuh raya Pan Borneo dan kos-kos kemudahan lain seperti lapangan terbang, ada lah tidak mengejutkan, bahawa 40% itu berada dalam ruang debit, bukannya dalam ruang kredit. Cuba bayangkan jika kerajaan Persekutuan melaksanakan pendekatan mengguna pakai 40% itu? apa kah akan jadi terhadap sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan di Sabah? Boleh kah, berlaku “ U-Turn” dengan alasan, tak jadi bos, ikut cara lama saja. Sedangkan, apabila polisi telah dibuat, maka polisi itu akan diteruskan. Atas pertimbangan inilah, mengapa suara majoriti, tidak terpengaruh dengan suara-suara sumbang daripada mereka yang tidak bersyukur, yang asyik memperkatakan MA63.


12. Pemimpin yang bijak, dan tahu berkaitan keadaan semasa, dan perasaan rakyat majoriti, tidak akan terpengaruh dengan dakyah untuk mempertikai sesuatu yang telah lama berlalu, kerana mempertikainya, sama dengan mengungkit, dan mempertikai, kepimpinan masa lalu. Mereka tahu dan faham, bahawa pemimpin masa lalu yang membuat keputusan 54 tahun lalu, adalah insan terbaik masa itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook