Latest News

Wednesday 15 November 2017

MA63: Kenyataan Pandikar Lawan Lain-Lain Pihak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) The Bad Cop is played by Barisan Nasional Speaker of Parliament Pandikar... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

1. Apabila TS Pandikar Amin, Speaker Dewan Rakyat mengadakan forum terbuka berkaitan buku beliau BERTAJUK BERPISAH TIADA pada 12 Novermber 2017, di Kota Kinabalu, ramai pemimpin pembangkang memberi respon, antara satu sebabnya, adalah PENGELIRUAN/PENIPUAN MEREKA terhadap MA63 terdedah dan terbongkar.


2. Buku Berpisah Tiada, setebal 147 muka surat bukan sebarang buku, ianya buku ilimah yang dikaji menggunakan beratus rujukan, baik laporan-laporan journal, buku-buku politik, dokumen-dokumen sejarah, baik yang ada di Malaysia, juga dokumen-dokumen yang tersimpan di luar negara.

3. Kandungan buku, bukan bercorak politik, akan tetapi berasaskan pendekatan sejarah dan undang-undang. Dengan demikian, apa yang ditulis, setidak-tidaknya mendekati apa yang telah berlaku sebelum dan selepas adanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

4. Bagi mereka, yang selama ini berhujah berkaitan MA63, termasuk tulisan Zainnal Ajamain “The Queen Obligation” bukan berasaskan kepada isi atau laporan-laporan pra sejarah atau selepas itu seperti adanya , akan tetapi menggunakan laporan-laporan atau dokumen-dokumen itu, untuk mengintreprasi disesuaikan dengan motif mereka. Mereka memanipulasi dokumen-dokumen sejarah, memberi interpretasi pada masa kini, dengan mengabaikan, keadaan sebenar, semasa dokumen-dokumen atau laporan-laporan itu disediakan atau dimaterai.

5. Menerusi forum umum pada Ahad itu, Pandikar, bukan bercakap sebagai Speaker Dewan Rakyat, akan tetapi sebagai rakyat Sabah. Beliau merasa bertanggungjawab sebagai pemimpin politik, dan latar belakang beliau yang pernah menjawat berbagai jawatan di Peringkat negeri dan Persekutuan, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

6. Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang, beliau tidak sanggup melihat rakyat Sabah ditipu bulat-bulat oleh petualang politik, yang mahu memenuhi aspirasi politik peribadi melalui cara mengelirukan rakyat Sabah.

7. Para petualang politik, yang gemar sangat menggunakan MA63, sebenarnya mempunyai matalamat mengelirukan rakyat Sabah, kerana mereka tahu, hampir 90% rakyat negeri ini, tidakpun membaca apa isi kandungan MA63, apa tah lagi mengkaji latar belakang perjanjian itu.

8. Mengapa pemimpin seperti Darell Leiking, Dr Jeffery Kitingan, merasa bahang kepada pendedahan dalam Buku Berpisah Tiada, sebabnya mereka tidak lagi dapat menipu rakyat.

9. Sejak sekian lama, para pemimpin pembangkang bercakap berkaitan MA63, sambil mendakwa, bahawa kononnya Persekutuan tidak menghormati perjanjian itu, namun selepas adanya buku ini, mereka tercabar, sebenarnya, tiada sebutirpun yang tidak dihormati. Malah, kalau diukur dalam bentuk angka, pencapai perjanjian itu, melebihi angka 100%.

10. Buku ini juga menguraikan, berbagai anggapan sejarah sebagai betul, umpamanya betul kah Sabah merdeka sebelum 16 September 1963, atau betul kah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? menerusi buku ini, telah dijumpai, bahawa semua itu, hanya MITOS.

11. Memang dalam politik, fakta sejarah dan undang-undang, boleh sahaja dipolitikkan, kerana politik boleh menginterpretasi sesuatu kejadian berasaskan acuan sendiri, untuk memenuhi retorik politik. Makna kata, mereka itu, tidak bercakap benar berasaskan fakta dan kebenaran, dan seterusnya menafikan rakyat daripada fakta dan kebenaran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook