Latest News

Thursday 16 November 2017

MA63: Menyebabkan “Political Divided” Bagi Sabah?


1. Penulis fokus kepada pengundi, kerana pengundi yang menentukan sesebuah parti menubuhkan kerajaan.


2. Walaupun Sabah mempunyai 2.7juta rakyat (bukan penduduk, kerana penduduk berjumlah 3.9juta) akan tetapi mereka yang mendaftar sebagai pengundi berjumlah 1.043juta (38.63%) setakat Jun 2017. Kemungkinan besar jumlah pengundi inilah yang digunakan pada PRU-14.

3. Daripada jumlah pengundi yang berdaftar itu, seramai 875ribu adalah bumiputera (islam dan bukan islam), 117ribu pengundi cina, manakala bakinya pengundi daripada berbagai etnik.

4. Daripada 875ribu pengundi bumiputera, 1/3 daripadanya menerima MA63 sebagai isu, manakala 2/3 tidak. Bagi kumpulan etnik cina, hanya 1/5 menganggap MA63 sebagai isu, manakala pengundi-pengundi lain, MA 63 bukanlah satu isu.

5. Melihat kepada nisbah pengundi yang menerima MA63 sebagai isu, semacam duplikasi temuan Suruhanjaya Cobbold tahun 1963, sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 

6. Oleh kerana adanya pengundi menerima MA63 sebagai isu, dan ada parti yang membawa isu itu, maka pada PRU-14, mereka itu akan mengundi parti-parti yang membawa isu itu.

7. Kalaulah tidak berlaku persempadanan semula pada tahun 2004, yang mana kedudukan kerusi DUN Sabah masih pada komposisi 20:20:8, maka kecenderungan untuk mengubah kerajaan sepertimana berlaku pada tahun 1976 dan 1985 akan berlaku.

8. Hipotesis bahawa parti yang membawa isu MA63, maka mereka yang menerima isu itu, maka akan mengundi parti yang membawa isu itu. Namun, apa yang cacat mengenai hipotesis itu, apabila parti Bn juga membawa isu yang sama, mereka yang menerima MA63 sebagai isu, tidak juga mengundi parti Bn. Makna kata, mereka yang menolak Bn atau tidak mengundi Bn, bukan kerana faktor MA63, akan tetapi lebih cenderung kepada isu HANYA MEMBANGKANG BN, DAN MAHU MENDAPATKAN KUASA.

9. Para pemimpin Bn, kerana melihat secara dekat senario ini, kerana ikut rentak pembangkang yang membawa isu MA63, hanya akan memperpanjang berkaitan isu ini, makna kata, memperpanjang hayat poitik pembangkang.

10. Di Sabah, sudah banyak isu yang di bawah pembangkang, misalnya isu penyerahan Pulau Labuan, isu 20 Perkara, isu royalti minyak, isu Kalimah Allah, dan kini isu MA63.

11. Mungkin masa lalu, para pemimpin kerajaan kurang maklumat, sehinggakan terbawa-bawa dengan isu yang di bawa pembangkang, tanpa berusaha memberi penjelasan atau penerangan berkaitan isu yang dibangkitkan. Namun kini, kerajaan dilengkapi dengan berbagai maklumat, termasuk data statistik, data kewangan, data pembangunan, makna kata, kerajaan boleh menjelaskan atau memberi uraian, bahawa apa yang dibangkitkan pembangkang sebagai isu, sebenarnya bukanlah isu.

12. Kerajaan, tidak perlu mengeluarkan laporan-laporan panjang, cukup dengan info-infografik yang komunikatif dan mudah difahami.

13. Hakikat yang perlu diakui, senario yang berlaku di Sabah sekarang, apapun isu yang di bawa oleh parti-parti politik, hanya sebagai isu pengelipur lara, isu untuk senda gurau, isu untuk sorakan, sedangkan para pengundi sudah lama membuat keputusan, parti mana yang bakal mereka pilih pada PRU-14.

14. Kehadiran parti-parti baru seperti parti Warisan Sabah, yang dikatakan membawa fenomena, sebenarnya, ianya hanya persepsi, kerana, parti itu, bukanlah pengancam kepada kedudukan Bn, akan tetapi sebagai pesaing dalam pesta demokrasi.

15. Parti Bn, tanpa kehadiran parti Warisan Sabah, akan terancam di kawasan-kawasan KDM, dan cina, kerana kumpulan etnik ini, sejak tahun 2008, sudah mempunyai kecenderungan menolak Bn.

16. Benarlah, kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman semasa melancarkan JR Plus pemuda Bn Sabah, bahawa PRU-14 merupakan pilihan raya paling sengit.

17. Pada PRU-14, jika ada calon Bn, di kawasan bukan KDM dan cin

a kalah, bukan kerana pengundi menolak Bn, akan tetapi menolak calon. Atas sebab itu, pucuk pimpinan Bn, kena berhati-hati dalam pemilihan calon, samada calon recycle, atau calon-calon baru.


18. Pada PRU-14, kita akan menyaksikan “political divided” di Dun Sabah, kerana majoriti ADUN pembangkang adalah daripada kaum KDM dan cina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook