Latest News

Sunday 5 November 2017

Malaysia Dilanda Fitnah


1. Rakyat negara ini yang terperangkap dengan perbuatan fitnah, meliputi semua peringkat, baik yang berpendidikan seperti peguam, doktor, jurutera atau profesional lain, apatah lagi mereka yang menganggap pemimpin politik.


2. Selain itu, mereka yang terperangkap sebagai penabur fitnah tidak terhad kepada fahaman agama, apa kah mereka itu haji, ustaz, paderi, atau sewaktu dengannya.

3. Para pengkaji ilmu sosial perlu mengkaji fenomina suka berbohong, memfitnah dikalangan rakyat negara ini, apa kah faktor penyebab kepada gejala itu. 

4. Perbuatan fitnah dan bohong, boleh menguggat sesebuah kerajaan, malah kerajaan parti Barisan Nasional telah mengalaminya, untuk dua PRU negara ini, iaitu PRU-12 dan 13. 

5. Berdepan dengan PRU-14, nampaknya faktor fitnah dan bohong, dan kini, dilengkapi dengan berita palsu (fake news). 

6. DS Najib Razak dalam tweet beliau semalam, mengakui, jika bohong dan fitnah di media sosial berjaya dijawab atau ditangani, maka peluang Bn menang PRU-14 sangat cerah. Tweet Perdana Menteri itu membawa makna, jika fitnah dan bohong dalam media sosial gagal ditangani, maka Bn dalam ancaman.

7. Faktor bohong dan fitnah yang berlegar dalam media sosial, disumbangkan oleh maklumat dalam internet walaupun maklumat itu sudah lapok dan memangpun fitnah, akan tetapi dibangkit semula, dilulas dan disegarkan.

8. Penabur fitnah dan bohong, ibarat penggali sampah. Mereka ini suka sangat menggali yang busuk-busuk, kerana mereka suka sangat dengan yang busuk-busuk. Apabila hati dan fikiran sudah busuk, maka minat adalah perkara yang busuk lagi membusukkan.

9. Memang diakui, bahawa parti BN sedang berdepan dengan faktor bohong dan fitnah. Belum pun faktor dapat diatasi, kini ditambah pula dengan berita palsu. Berita palsu ini, menggunakan logo-logo media perdana yang dipalsukan, kemudiannya membuat laporan palsu. Kemudiannya berita palsu dilonggokan dalam internet, sehinggakan pelayar internet akan keliru, berita mana yang betul dan yang tidak.

10. Bagi membendung berita palsu ini, maka setiap pemimpin kerajaan atau UBN, perlu aktif dalam media sosial, sebagai cara rakyat mendapatkan berita betul, selain membendung cerita bohong dan fitnah.

11. Para pemimpin kerajaan perlu mengutamakan isi berita untuk tatapan rakyat, bukannya penonjolan diri, seperti mana yang kita lihat sekarang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook