Latest News

Monday 13 November 2017

Mengapa Pemegangan Kad Pengenalan Palsu Terlepas Kerja Guru 12 Tahun?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BUKTI RCI - DIMANA, KERAJAAN HARUS AMBIL TINDAKAN SERTA MERTA!... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

Keadaan di mana seorang wanita berketurunan bugis Indonesia Asni binti Ismil yang mengajar selama 12 tahun di sebuah sekolah Kerajaan di Ranau, dan telah berkahwin dengan penduduk tempatan, didapati mempunyai kad pengenalan palsu (780331-12-5186), menunjukkan memang berlaku sindiket pemalsuan kad pengenalan bermutu tinggi di Sabah.


Selama 12 tahun, baru diketahui, bahawa kad pengenalan yang digunakan Asni adalah palsu, menunjukkan, bahawa semasa wanita itu membuat permohonan menjadi tenaga pengajar (tenaga pengajar tidak terlatih) pihak jabatan pelajaran tidak merujuk kad pengenalan itu kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Oleh kerana nombor kad pengenalan seseorang rakyat adalah kekal, maka adalah perkara biasa, bahawa apabila pada awalnya telah direkodkan nombor dan salinan kad pengenalan dalam fail peribadi, maka selamanya rekod itu akan berada dalam fail perbadi seseorang itu. Adalah perkara biasa, semua jabatan di negara ini, menganggap setiap kad pengenalan yang dimiliki setiap orang adalah betul. Dalam keadaan demikian, boleh sahaja sesebuah jabatan merujuk kepada JPN ataupun tidak. Bagi kes Asni, jika pada awal-awal lagi, jabatan pelajaran merujuk nombor yang dimiliki Asni, maka 12 tahun lalu telah diketahui, bahawa nombor itu adalah palsu.

Bagi kes Asni, tidak diketahui apa sebab musabab, mengapa, tiba-tiba diketahui bahawa wanita ini memegang kad pengenalan palsu? mungkin ada laporan? atau pihak majikan ada merujuk kad pengenalan itu ke JPN? kerana JPN sendiri datang ke sekolah di mana wanita ini mengajar untuk menangkap. Atau ada kemungkinan pemilik sendiri, ada membuat permohonan passport, atau kemudahan kerajaan, yang memerlukan pengesahan daripada JPN.

Dengan tertangkapnya Asni, menunjukkan bahawa sindiket pemalsuan kad pengenalan bermutu tinggi, tidak melibatkan Jabatan Pendaftaran negara. Makanya, jika ada sesiapa yang mempunyai kad pengenalan seumpama itu, sepanjang masa ianya tetap palsu, dan lambat laun akan terdedah juga.

Dalam isu seumpama ini, yang mengaut keuntungan adalah sindiket dan yang dirugikan adalan pembeli (pengguna kad pengenalan itu).

Dakwaan bahawa pihak-pihak kerajaan terlibat dalam kes-kes seumpama ini, sebenarnya, hanya dakwaan, kerana kerajaan tidak akan memperjudikan masa depan negara.

Semoga semua pihak mengambil iktibar kepada isu ini, maka bermula daripada sekarang, setiap majikan, perlu merujuk kakitangan mereka ke JPN, khususnya kakitangan yang tidak tersenarai sebagai pencarum KWSP dan Perkeso atau mereka yang tidak tersenarai sebagai pengundi (walaupun layak mengundi) perlu menyemak kad pengenalan kakitangan terus ke JPN, bagi memastikan kesahihan kad pengenalan tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook