Latest News

Thursday 2 November 2017

MP Sandakan Berdolak Dalik


1. MP Sandakan Stephen Wong bercakap tidak tentu mana pangkal mana hujung. Di satu pihak dakwa Bandar Sandakan, sudah jadi bandar Philipin, tapi dipihak lain kecam pemberhentian barter trade.


2. Barter trade adalah trade mark antara rakyat filipina dan rakyat Sandakan, namun didapati kaedah ini merupakan sumber kemasukan PATI ke Sabah.

3. Terlihat benar, MP Sandakan itu merapu, apabila mendakwa bahawa kemalangan sebuah kereta yang dipandu pelajar di Kota Marudu yang mengalami kemalangan, beliau katakan kerana terlanggar lubang, sedangkan siasatan, 500 meter sebelum dan selepas di mana kemalangan itu berlaku, tiada satu lubangpun di jalan tersebut. Fakta sebenar kemalangan itu, kerana kereta Avanza itu dipandu laju, selain membawa muatan yang berlebihan.

4. Berkaitan dakwaan kononnya banyak ruang pejabat dibiarkan kosong tanpa menyewa, menunjukkan ekonomi Sandakan merundum. Ruang pejabat bukan ruang untuk aktiviti ekonomi. Aktiviti ekonomi dijalankan menerusi premis perniagaan.

5. Ketinggalan zaman betul MP Sandakan ini. Kini, para peniaga tidak lagi memerlukan ruang pejabat, akan tetapi ruang untuk premis perniagaan. Mengapa MP itu tidak bercakap berkaitan ruang perniagaan? 

6. 20 tahun lalu, sebelum adanya internet dan e-dagang- e- ekonomi, memang ruang pejabat diperlukan, namun kini, di mana-mana peniaga boleh menlaksanakan urus niaga, janji ada smartphone. Peniaga hanya perlu ruang penyimpanan barang dan premis jika barangan yang dijual merupakan barangan runcit, bukannya ruang pejabat.

7. Para pemilik bangunan untuk ruang pejabat, perlu mengubah bangunan-bangunan mereka, jika mahu ada penyewa, misalnya mengubahnya kepada ruang-ruang penyimpanan barangan. Jika memerpertahankan bangunan itu untuk ruang pejabat, maka zaman ini, bukan zaman itu.

8. Bercakap berkaitan bekalan elektrik dan bekalan air, memangpun sudah menjadi perhatian kerajaan sejak 10 tahun lalu. Penaja elektrik dan loji penapisan air di kawasan Sandakan sedang tangani oleh kerajaan untuk menyelesaikan keperluan rakyat Sandakan once for all. 

9. Berkaitan PATI, kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan sebaik sahaja laporan RCI Pati Sabah diumumkan telah membuat keputusan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI, SEHINGGA SABAH SIFAR PATI. Kerajaan negeri dan Persekutuan mengambil pendekatan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO). Untuk makluman MP Sandakan itu, sejak tahun 1990, lebih 550ribu PATI telah dihantar pulang ke negara asal mereka. 

10. Bagi menghalang kemasukkan PATI sehingga kini terus dikuatkuasakan PERINTAH BERKURUNG bagi kawasan ESSZONE yang meliputi kawasan lebih 1400km pantai bermula daripada Kudat sehingga ke Tawau. Selain itu, kerajaan Persekutuan penyediakan ratusan juta ringgit bagi operasi ESSCOM/ESSZONE.

11. Pembangkang seperti Stephen Wong ini, hanya tahu bercakap, akan tetapi tidak MAHU tahu tindakan kerajaan.

12. Tahu kah MP Sandakan itu, bahawa Sandakan akan menjadi HUB pendidikan, selain HUB pelancongan? Kepada MP Sandakan itu, cuba lihat di sekitar bandar itu, taman-taman perumahan tumbuh bagaikan cendawan. Kalau ekonomi rakyat tidak baik, mungkin kah pemaju perumahan membina rumah-rumah? tepuk dada tanya selera.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook