Latest News

Friday 3 November 2017

Pakaian “Bundle” Bukan Masalah Ekonomi Tapi Trend Rakyat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KENYATAAN MEDIA... oleh FB Francis Au (screenshot) (screenshot)

MP Penampang- Darell Leiking bercakap soal ekonomi, dalam perkara ini pendapatan rakyat yang boleh guna. Oleh kerana menurut beliau, pendapatan rakyat yang boleh guna kecil, kerana ekonomi Sabah tenat, maka rakyat yang membeli barangan lifestyle, tidak dapat dapat membeli pakaian berjenama di pasar-pasar raya, sebaliknya mendapatkan pakaian berjenama itu melalui penjual pakaian lusuh atau rombengan.


MP Penampang itu, mahu menyumbunyikan pakaian trending, tidak semestinya pakaian itu perlu dibeli di pasar-pasar raya, akan tetapi, perubahan minat pengguna. Pengguna kini, khususnya anak-anak muda, pakaian yang berjenamapun, semasa dibeli, tiada tanda luntur atau koyakan, akan dilunturkan dan dikoyakan sendikit, kerana pakaian seumpama itu, adalah trending pada masa ini.

Oleh kerana pakaian dijual di pakaian lusuh dan rombengan, sebenarnya pakaian yang dilunturkan dan dikoyakkan sedikit, untuk memenuhi citarasa pengguna, khususnya remaja atau anak-anak muda. Selain itu, harga yang murah, selain pakaian itu masih elok, maka menjadi pelilihan pengguna, mengapa membeli pakaian yang sama dengan harga asal, sedangkan pakaian serupa boleh dibeli dengan harga murah.

Tiada tolok ukur ekonomi atau teori ekonomi yang boleh menyokong anggapan, bahawa membeli barangan lusuh atau rombengan ada keterkaitan dengan pendapatan seseorang. Sebagai contoh, minum teh tarik diwarung dengan minum teh di hotel atau restoran 5 bintang, tidak menggambarkan kedudukan seseorang, kerana semuanya tertakluk kepada citarasa. Berlainan dengan barangan mahal seperti kereta, atau rumah, pemilik boleh dilihat status seseorang.

Kalau benarlah bahawa ekonomi Sabah tenat, mengapa pemaju perumahan masih membina rumah-rumah berharga di atas setengah juta ringgit? mengapa banyak sangat kereta mewah siang malam berkeliaran di jalan-jalan raya Sabah? Mengapa barang-barang lifestyle seperti telepon bimbit berjenama masih terdapat di kedai-kedai handphone? Mengapa hotel-hotel masih dibina? selain itu, mengapa lapangan terbang masih dipenuhi penumpang? mengapa jalan raya saban hari sesak? mengapa makanan mahal seperti lobster, udang, tenggiri, ikan bawal putih, masih laku walaupun harga sudah meningkat 20 kali ganda berbanding 10 tahun lalu?

Mengapa susah sangat mencari tempat letak kereta, bukan sahaja di bandar-bandar akan tetapi di taman-taman perumahan, pekan-pekan kecil?

Mengambil contoh, bahawa mereka yang memberi pakaian rombengan menunjukkan ekonomi tenat, adalah satu pengamatan atau satu pendapat yang sangat dangkal, tidak mendalami topik yang dibicarakan, dengan kata lain tertandusan pendapat atau telah bingung, kerana tidak boleh bercakap berkaitan kemudahan asas kerana takut bos tersinggung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook