Latest News

Monday 20 November 2017

Parti PBS Di Persimpangan?



1. Apabila meneliti ucapan Tan Sri Pairin Kitingan sempena Persidangan Tahunan ke-32 parti itu, menggambarkan parti itu dalam persimpangan. 


2. Di lain pihak, sebelah kaki di berada dalam perjuangan parti Barisan Nasional, di lain pihak pula kaki berada dalam perjuangan parti pembangkang.

3. Dalam dunia politik, hanya satu pendekatan, berpihak sepenuhnya atau menolak sepenuhnya, bukan mengambil jalan selamat.

4. Jika benarlah telahan penulis berkaitan ucapan Presiden PBS itu, maka pucuk pimpinan parti Barisan Nasional kena berhati-hati, kerana parti itu mempunyai rekod masa lampu, yang sanggup meninggalkan kawan dalam masa berperang.

5. PBS sebenarnya berkedudukan serba salah. Terus bersama parti Barisan Nasional, akan menyebabkan banyak calon-calon parti itu akan tewas pada PRU-14 akan datang.

6. Jika memilih sebagai pembangkang, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan beberapa calon atau kawasan yang tandingi parti itu jatuh ke tangan pembangkang, seperti mana berlaku pada PRU 1990. 

7. Bagi parti itu, menyertai pembangkang, tiada jaminan calon-calon parti itu akan menang sepenuhnya, akan tetapi dapat menyelematkan sebahagian besar calon-calon parti itu, manakala kekal dalam Barisan Nasional, akan kehilangan banyak kerusi, sehinggakan jumlah yang dimenangi akan lebih sedikit berbanding pencapaian pada PRU-13.

8. Parti itu tahu, menyertai pembangkang, tidak akan menyebabkan parti itu bersama parti pembangkang lain menubuhkan kerajaan negeri. Paling kuatpun pembangkang plus PBS, akan menang 24 kerusi daripada 60 atau 73. Jika demikian kedudukannya, adalah tidak berbaloi, parti itu “menyertai” parti pembangkang.

9. Tindakan parti itu”echo” perjuangan pembangkang, bukan menjadi penyelamat kepada parti itu, malah menyebabkan pengundi keliru.

10. Tindak tanduk parti itu, sebelah kaki pada kubu Barisan Nasional, sebelah kaki pada parti pembangkang, boleh menjadi pendorong “berakhirnya” parti itu dalam arena politik Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook