Latest News

Thursday 16 November 2017

Pemimpin Dilihat Pada Kejujuran dan Tanggungjawab

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) biar gambar berbicara... Oleh FB Malek Rembat (screenshot)



Penyokong parti Warisan Sabah membandingkan rumah Datuk Shafie Apdal dan Datuk Ramlee Marhaban. Sedangkan, tidak sesiapapun menjadikan rumah Shafie sebagai isu, dalam kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden parti Warisan itu. Apa yang disiasat, adalah kehilangan wang sebanyak RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion KKLW semenjak Shafie menerajui kementerian itu.


Jika rumah menjadi perbandingan, menunjukkan, bahawa Ramlee menunjukkan kejujuran beliau, kerana walaupun mempunyai rumah agam, akan tetapi tidak disiasat SPRM, manakala Shafie walaupun rumah beliau rumah pondok, akan tetapi disiasat SPRM.

SPRM, tidak tertipu dengan permainan, mereka yang menyalah gunakan kuasa, atau menyeleweng wang rakyat, dengan berpura-pura tidak memiliki apa-apa, sebaliknya, agensi itu, tahu betul apa yang mereka lakukan. 

Bukan sedikit pemimpin di negara ini, mempunyai rumah agam, namun, tidak juga disiasat SPRM, kerana memang tiada yang perlu disiasat, kerana mereka itu menjalankan tugas dengan telus dan bertanggungjawab.

Disebaliknya, ramai juga yang disiasat, walaupun ramai yang tidak menyangka, bahawa yang disiasat itu mempunyai wang berjuta-juta, akan tetapi menjalankan kehidupan cukup sederhana. Demikian juga berkaitan Shafie, beliau menjalankan kehidupan sederhana, untuk menggambarkan, bahawa beliau jujur, amanah dan bertanggungjawab, namun dilain pihak, beliau terpalit dengan berbagai skandal, termasuk memberikan wang jutaan kepada perempuan simpanan beliau.

Tunggulah siasatan SPRM selesai, dan menghadapkan Shafie ke mahkamah, dan terdedahlah segala-galanya.

Sedikit berkaitan rumah agam Ramlee, sebelum ADUN Bugaya itu menjadi wakil rakyat atau terlibat dalam politik, beliau telah mempunyai rumah agam itu. Rumah beliau bukan dibina semasa beliau wakil rakyat, apa tah lagi semasa beliau dilantik sebagai pembantu menteri kewangan negeri. 

Ramlee hanya menjadi pembantu menteri selepas PRU-13, dan sebelum itu, hanya ADUN biasa.

Ramlee adalah seorang peniaga yang berjaya sebelum menceburkan diri dalam dunia politik, berbeza dengan Shafie, di mana kekayaan beliau diperolehi selepas menjadi ahli politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook