Latest News

Wednesday 15 November 2017

Penyokong Warisan Semporna Kembali Ke Gagang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saddam Hussien semporna buat lawak lagi... Oleh FB Mohd Azis Hj Jamman (screenshot)
(ii) SIASAT TAK BERMAKNA SALAH... Oleh FB Ismaily Bungsu Sabah (screenshot)

Penyokong parti-parti di Semporna cukup unik. Kadang menyertai parti ini, kadang menyertai parti itu. Sebab itu, apabila parti Warisan Sabah ditubuhkan, ada yang menyertainya. Apabila sedang, penyertaan mereka, tidak mendapat yang lebih baik berbanding dalam Umno, maka mereka kembali dalam Umno.



Pada PRU-14, keadaan pengundi Semporna, akan mengikuti trend ini. Masa itu, mana-mana pihak yang lebih baik akan mendapat undi. Pengundi Semporna, lebih cenderung kepada manafaat yang mereka perolehi daripada partti yang mereka sertai.



Daripada sekarang sehinggalah pembuangan undi pada PRU-14, akan kita lihat, penyokong akan pindah sini, pindah sana. Ertinya, kalaulah analisa berasaskan keadaan itu, maka analisa akan bercelaru.

Namun, perlu diingat, sejarah sokongan pengundi Semporna, hanya sekali tidak berpihak kepada parti yang tidak disokong oleh Tun Sakaran Dandai, yakini pada tahun 80-an, apabila kawasan itu menyokong calon kerajaan, calon parti Berjaya yang sedang memerintah.

Pada PRU-14, Tun Sakaran Dandai masih bersama Umno dan Kerajaan, ertinya, sokongan rakyat terhadap Bn akan tetap kukuh.

Kehadiaran parti Warisan Sabah, bukanlah ancaman kepada Umno Semporna, akan tetapi hanya sebagai pesaing dalam pesta demokrasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook