Latest News

Friday 3 November 2017

Projek KKLW; Empat Kali Pasang Paip- Tapi Air Tiada: MP Tenom


1. Ucapan Yb Raime Unggi MP Tenom di Dewan Rakyat pada sesi parlimen kali ini, menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat luar bandar.

2. Intipati ucapan beliau antara lain, mengatakan bahawa pada umur manusia yang sudah menjangkau umur persaraan, seharusnya, merasai kemudahan asas tidak perlu timbul lagi. Namun, disebabkan perbuatan seorang pemimpin Sabah yang diamanahkan untuk melaksanakan tanggungjawab itu telah mensia-siakan harapan rakyat itu.

3. Malah menurut beliau tindakan mereka yang merampas hak rakyat luar bandar itu, lebih teruk daripada teroris atau penjayah yang membunuh manusia, kerana perbuatan sekumpulan individu itu termasuk merampas hak orang miskin dan anak yatim, adalah perbuatan yang dikutuk oleh semua agama.

4. Cuba bayangkan menurut wakil rakyat itu, kemerdekaan Sabah menerusi Persekutuan Malaysia sudah mencapai 54 tahun, satu usia yang cukup matang, namun rakyat Sabah khususnya rakyat luar bandar masih dinafikan dengan kemudahan asas seperti bekalan air berish, bekalan elektrik dan jalan kampung.

5. Memang, Perdana Menteri ke-6 negara, sebaik dilantik ke jawatan itu telah memberi respon yang baik berkaitan keperluan rakyat Sabah secara umumnya dan luar bandar khasnya berkaitan keperluan kemudahan asas, sebab itu daripada tahun 2009-2015, purata peruntukan adalah RM1.5bilion setahun, yang mana peruntukan itu disalurkan menerusi KKLW, namun malangnya, peruntukan yang sepatutnya telah menyelesaikan keperluan rakyat, tidak sampai ke kelompok sasar, hanya kerana penyelewengan.

6. Kini, SPRM sedang menyiasat ketirisan RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion KKLW. Sehubungan itu beberapa individu telah ditahan reman termasuk Menteri yang mengawal kementerian itu daripada tahun 2009-2015. Agensi pencegah rasuah itu juga selain menyiasat puluhan syarikat, puluhan para saksi, juga turut membekukan wang tunai di bank, merampas wang tunai dalam simpanan beberapa individu yang ditahan itu.

7. YB Tenom dalam ucapan di Dewan Rakyat, bukan sahaja menyokong penuh siasatan SPRM terhadap dana KKLW tersebut, malah mengsyorkan agensi itu perlu menyelusuri “money trial” dana yang diselewengkan, dan rampas semua wang itu dan kembalikan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek-projek yang terbengkalai berkaitan kemudahan asas rakyat luar bandar Sabah, tujuannya agar tidak berulang pemasangan 4 kali paip dilokasi yang sama, namun masih juga tidak berair
.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook