Latest News

Thursday 23 November 2017

PRU-14: Apa Pilihan Rakyat Sabah?


1. Kalau melihat isu yang di bawa pembangkang, berkisar-kisar pada MA63. 


2. Mengapa faktor MA63 menjadi pilihan pembangkang? sebabnya dalam dokumen itu, termaktub berkaitan hak-hak Sabah, apa kah itu berkaitan agama, berkaitan ekonomi, mahupun berkaitan status.

3. Mempergunakan isu MA63, memudahkan mereka membangkitkan berbagai sentimen, yang meliputi semua perkara, daripada kemajuan infrastruktur, kemajuan pendidikan, peluang-peluang perjawatan, peluang-peluang perniagaan dan sebagainya.

4. Adalah cukup mudah bagi pembangkang membakar perasaaan rakyat Sabah, apabila merujuk kepada MA63. Sebab itu, apabila diperhatikan, setiap mereka yang mempunyai sentimen anti Persekutuan, cukup mudah mengenali mereka apabila KERAP MEMBANDINGKAN ANTARA APEL DAN DURIAN, mereka bercakap TIDAK berasaskan perbandingan setara, akan tetapi KERAP SANGAT memesongkan FAKTA. Sebagai misalan, apabila merujuk berkaitan jalan raya, MEREKA tidak membezakan antara jalan raya antara negeri dan jalan raya antara daerah.

5. Mereka yang kononnya berjuang untuk Sabah, KERAP memberikan maklumat atau data yang tidak bersumber, melainkan hanya anggapan atau perkiraan atas kertas. Sebagai contoh, bagai mana Datuk Dr Jeffery G Kitingan boleh sampai kepada angka RM17bilion bajet Sabah? Kononnya bajet itu tidak boleh dicadangkan, kerana 40% net revenue Persekutuan daripada Sabah tidak diberikan.

6. Sejak Dr Jeffery membangkitkan isu 40%, penulis masih menunggu, rekod kewangan yang menunjukkan DEBIT dan KREDIT, sebagai impak kepada 40% itu, namun sehingga kini, beliau belum mengemukakan rekod kewangan tersebut.

7. Kerapnya Dr Jeffery membangkitkan isu 40%, sehinggakan kerajaan negeri juga turut menubuhkan jawatan kuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Datuk Teo Chee Kang, untuk melihat dakwaan tersebut. 

8. Namun, sehingga kini, untuk tatapan umum, termasuk penjelasan di DUN Sabah, belum terungkainya berkaitan 40%, yang ada hanya tindakan-tindakan yang bukan “tangible”.

9. Menurut hemat penulis, penyelesaian berkaitan 40% itu, hanya boleh dimuktamadkan jika dilihat kembali ke belakang sejak bermulanya pemberian geran kewangan kepada Sabah pada tahun 1965.

10. Bagi penulis, sebagai orang Sabah, memangpun mengingin segala bentuk kemajuan yang ada di Semenanjung perlu juga ada di Sabah, namun, hakikat perlu diterima, kena juga berpijak di bumi nyata, bahawa permulaan antara Sabah dan Semenanjung jauh berbeza.

11. Hakikat perlu diterima, bahawa pembangunan tidak pernah berhenti, tidak statik, melainkan sentiasa beterusan. Perlu diingat juga, kemajuan itu, sangat bergantung kepada aktiviti ekonomi sesebuah negeri, kerana majunya perekonoman, akan seiring dengan kemajuan vis a vis.

12. Mempolitikkan pembangunan tidak akan kemana-mana, sebab itu, Tan Sri Musa Aman, kerap berhujah, pembangunan dan kemajuan akan dicapai, jika semua pihak terus berusaha dan bekerja, kerana kemajuan dan pembangunan itu, tidak akan datang bergolek, bulan tidak akan jatuh ke riba.

13. Kerajaan negeri di bawah pimpinan Tan Sri Musa, telah bertindak betul sejak tahun 2015, dengan membentangkan bajet Surplus, tujuan bajet surplus itu, agar simpanan kewangan negeri terus bertambah.

14. Menerusi pertambahan simpanan kewangan negeri, membolehkan penarafan kewangan negeri sentiasa positif di mata penarafan kewangan antarabangsa. Sebagai impak kepada penarafan yang positif daripada agensi itu, maka jika negeri bercadang membuat pinjaman daripada bank antarabangsa atau dunia, maka akan mendapat kadar faedah yang rendah.

15. Pada Tahun 2018, Sabah membentangkan Bajet berjumlah RM4,104.35juta dengan lebihan RM64.89juta. Bajet yang bertemakan MEMPERKASAKAN EKONOMI, MENSEJAHTERAKAN RAKYAT, menunjukkan komitmen kerajaan negeri memajukan rakyat dan negeri.

16. Daripada unjuran pendapatan negeri pada tahun 2018 yang berjumlah R

M4,169.24juta, merupakan unjuran pendapatan negeri berasaskan kebolehan negeri mendapatkan pendapatan sebesar itu. Daripada unjuran itu, tiada tanda-tanda, bahawa pendapatan sebenar negeri melebihi 4 kali ganda daripada jumlah itu, kerana kalau dilihatpun daripada segi jumlah perdagangan negeri (import-eksport) hanya berlegar-legar pada angka RM74bilion setahun.


17. Dakwaan bahawa Sabah boleh membentang Bajet sehingga RM17bilion, hanya dakwaan kosong, bukan berasaskan kepada fakta, dan ianya bersifat mempelekeh kebolehan pemimpin Kerajaan Negeri.

18. Rakyat Sabah, perlu berpijak di bumi nyata, jangan sesekali terpengaruh dengan dakyah kosong, apatah lagi, janji bulan bintang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook