Latest News

Wednesday 22 November 2017

PRU-14: Isu Bohong dan Fitnah- Cabaran Utama BN


1. Para pemimpin Bn, kena mempersiapkan diri berdepan dengan isu bohong dan fitnah yang bakal dijadikan oleh pembangkang sebagai faktor pemancing undi dan sokongan.


2. Pembangkang bukan sahaja memergunakan media atas talian, media-media sosial seperti facebook, tweeter, kumpulan whatsAPP, akan tetapi blog-blog segera, kumpulan sidang akhbar dan sebagainya.

3. Bn, kena awal-awal lagi menubuhkan pasukan bagi menangkis dan bertindak balas serta merta setiap isu bohong dan fitnah yang dilakukan pembangkang, kerana mereka telah memilih cara itu, atas sebab, mereka tiada isu yang boleh dijual kepada rakyat untuk memancing sokongan.

4. Pengalaman pada PRU-13 lalu, apabila isu PEMBAKARAN KITAB INJIL jika BN menang, tidak ditangani dengan cepat dan serta merta, setidak-tidaknya berimpak di kawasan-kawasan KDM, sehinggakan kawasan tradisi Bnpun, Bn tewas.

5. Biro IT Bn, bermula daripada sekarang seharusnya sudah beroperasi secara PENUH, 24 jam, dengan menggunakan berbagai sumber darpada 60 kawasan DUN atau 25 Parlimen, melalui penubuhan “war room” di mana ianya dikoordinasi secara “live” atau “online” dengan mendapat kerjasama daripada seluruh wakil rakyat sebagai cara ke depan, untuk tujuan penjelasan dan penerangan, selain memberi respon segera pada setiap propaganda bohong dan fitnah yang dilakukan pembangkang.

6. Selain itu, kerjasama dengan media tempatan, yang kerap membuat laporan sepihak, khususnya daripada parti pembangkang, tanpa mengambil kira kesan laporan itu. Pihak Bn, perlu mempunyai hubungan rapat dengan media cetak tempatan, agar setiap laporan yang disiarkan perlu seimbang, ertinya, setiap dakwaan perlu disiarkan bersama dengan jawapan.

7. Penulis tidak tahu, apa kah pemantau sepenuh masa daripda Biro IT Bn Sabah, sudah mula bekerja sepenuh masa? namun, jika dilihat daripada segi jawpan-jawapan di facebook atau laman sosial lain, nampaknya, gayanya, jawapan-jawapan bukan datang daripada Biro IT, akan tetapi daripada blog-blog atau laman-laman sukarela, dan sudah tentunya, laman-laman sukarela ini, tidak dapat menjawab secara tepat, kerana keterbatasan daripada segi maklumat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook