Latest News

Monday 6 November 2017

PRU-14: Parti Mana Rakyat Sokong?


1. Kalau rakyat mendasari pertimbangan mereka kepada kerajaan yang “deliver” dan “walk the talk” maka sudah tentu memilih parti Barisan Nasional. Namun, jika rakyat memilih berasaskan cerita bohong dan fitnah serta janji bulan bintang, maka parti pembangkang adalah pilihan mereka.


2. Contoh cerita fitnah dan bohong, apabila menjelang pembuangan undi pada PRU-13 lalu, pembangkang membuat dakwaan, bahawa seramai 40ribu bangladesh di bawa masuk untuk mengundi di kawasan-kawasan campuran. Akibatnya, peratusan pengundi di kawasan itu melebihi 80%, sebabnya, hampir 100% penyokong pembangkang turun mengundi bagi mengimbangi pengundi bangla. Akibatnya, calon-calon MCA, MIC dan Gerakan kalah teruk di kawasan-kawasan itu.

3. Kemudiannya, janji pembangkang, jika menang, maka akan mansuhkan bayaran tol di negeri-negeri yang adalah lebuh raya bertol. Janji inilah adalah contoh janji retorik atau bulan bintang, pun demikian mendapat sokongan, sebab itu Selangor dan Pulau Pinang dimenangi pembangkang.

4. Kalau Bn menang, maka kitab injil akan dibakar. Cerita bohong dan fitnah ini, mempengaruhi kawasan-kawasan tertentu di Sabah, sehinggakan dimenangi pembangkang.

5. Pembangkang memang mempelajari isu jangka pendek yang boleh menarik sokongan rakyat. 

6. Pada PRU-14, isu jangka pendek yang mereka gunakan, adalah ekonomi negara teruk, sebab itu banyak premis-premis perniagaan tutup, banyak bangunan-bangunan pejabat tidak mempunyai penyewa, banyak cawangan bank tutup termasuk penutupan ATM bank-bank tertentu.

7. Pembangkang menggunakan GST sebagai penyumbang utama kenaikan sara hidup, kerana harga barang melonjak naik. Pembangkan menyembunyikan sama sekali kebaikan GST terhadap negara malah ada yang berhujah, kononnya cukai jenis itu adalah haram. Menggunakan isu GST adalah contoh putar belit pembangkang.

8. Untuk tujuan mendapat simpati - Tun Dr Mahathir membuat dakwaan bahawa pengawal UTK beliau ditarik balik. Sedangkan ianya tidak berlaku. Dakwaan fitnah seumpama ini, bertujuan menarik simpati dalam jangka pendek.

9. Untuk tujuan supaya rakyat marah dan dendam, apabila pembangkang mendakwa tindakan SPRM terhadap pemimpin dan penyokong pembangkang adalah bermotifkan politik, sambil mereka mendakwa, bahawa agensi itu bertindak selektif.

10. Pendek kata, pembangkang mendapat undi, bukan kerana rakyat fikir mereka boleh “deliver” dan “walk the talk” akan tetapi, kerana faktor fitnah, simpati, emosi/dendam dan marah.

11. Sejauh mana faktor-faktor itu melekat di hati rakyat pada PRU-14? cuba renung-renungkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook