Latest News

Saturday 25 November 2017

RAMPASAN WANG TUNAI RM11JUTA KEPUNYAAN SIAPA ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TV3 cakap duit 11 juta tu dipercayai hasil pelacuran... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)


TIDAK jelas wang rampasan berjumlah RM11juta oleh pihak imigresen dalam satu operasi pada Jumaat ada kaitan dengan permerdagangan manusia, kerana setakat ini, tiada sidang akhbar atau penjelasan daripada jabatan itu.


Tidak diketahui apa hubungan wang yang dirampas itu dengan 19 orang yang ditahan yang dikatakan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Pengguna facebook itu, langsung tidak menggunakan akal, apabila mendakwa, bahawa aktiviti pelacuran seolah-olah berleluasa, sedangkan aktiviti seumpama itu, dilakukan oleh sindiket pelacuran yang berselindung kepada status lawatan sosial bagi wanita-wanita yang melacurkan diri.

Oleh kerana kecekapan risikan, akhirnya Jabatan Imigresen, bukan sahaja dapat menangkap para wanita yang dipercayai menjalankan aktivti pelacuran, akan tetapi dapat merampas sejumlah wang.

Melihat kepada besarnya rampasan wang, nampak gayanya, sindiket yang terlibat dalam perdagangan manusia untuk aktivti tidak bermoral itu, merupakan satu aktiviti yang tersusun rapi.

Aktiviti seumpama ini, hanya boleh dibenteras, jika semua pihak terlibat mencegah, termasuk rakyat biasa. Aktiviti seumpama ini, sangat tertakluk kepada permintaan, ertinya, di Sabah permintaan terhadap wanita pelacur tinggi. Kumpulan sindiket yang bergiat dalam aktiviti ini, tidak akan melaksanakan aktiviti seumpama ini, jika tiada permintaan yang tinggi.

Pihak kerajaan, tanpa sokongan orang ramai, akan sukar mengatasi perniagaan tertua di dunia ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook