Latest News

Wednesday 1 November 2017

Shafie Sanggup Berbohong Kerana Politik


1. Sangat ketara pembohongan Datuk Shafie Apdal, apabila beliau mendakwa bahawa beliaulah yang memperkenalkan Dato Seri Najib Razak kepada rakyat Sabah. Tanpa beliau, Najib tidak akan dikenali rakyat Sabah apatah lagi sokongan.


2. Presiden parti Warisan Sabah itu lupa, bahawa Dato Seri Najib Razak telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 1976. Apabila Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, Najib adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia. Sebelumpun Shafie menjadi wakil rakyat pada tahun 1995 mewakili Umno, Najib adalah Naib Presiden parti. Cuba bayangkan, naib presiden sebuah parti, yang memilih Shafie bertanding tidak dikenali rakyat Sabah.

3. Sebenarnya, Dato Seri Najib Razaklah yang menjadikan Shafie mempunyai kedudukan, sehinggakan mencapai kedudukan Naib Presiden parti Umno. Semasa MP Semporna itu bertanding dalam parti, beliau mempunyai tag sebagai “The blue eye boy” Najib Razak, sebab itulah beliau mendapat sokongan dan menang, meskipun julung kalinya bertanding Naib Presiden.

4. Shafie dilantik ke jawatan Menteri KKLW julung kali kementerian itu diberikan pada pemimpin di luar Semenanjung. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Perhubungan Umno Kedah, dan yang melantik itu adalah DS Najib Razak.

5. Shafie menjadi penentang Najib hanya kerana berpunca daripada penarikan kuasa beliau meluluskan projek-projek KKLW pada awal tahun 2014, kerana maklumat yang diterima Perdana Menteri, bahawa beliau mengamalkan kronisme dalam pemberian projek-projek di bawah kementerian tersebut. Selain itu, rungutan rakyat luar bandar di mana projek-projek di bawah KKLW dilaksanakan.

6. Pada Julai 2015, Shafie dipecat daripada kabinet Persekutuan, dan kemudiannya beliau keluar daripada Umno pada Julai 2016, dan menubuhkan parti Warisan Sabah pada Oktober tahun yang sama.

7. Kini, SPRM sedang menyiasat beliau berkaitan skandal dana RM7.5bilion KKLW daripada tahun 2009-2015 untuk 350 projek luar bandar Sabah.

8. Shafie mendakwa bahawa siasatan terhadap beliau bermotifkan politik, bercanggah dengan kenyataan terbuka beliau, bahawa bila-bila masa, beliau bersedia dipanggil untuk disiasat.

9. Shafie telah direman 8 hari dan dibebaskan dengan ikat jamin SPRM pada Jumaat minggu lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook