1. Tiada fakta atau bukti, menerusi sistem demokrasi, bahawa parti Warisan Sabah mendapat sokongan rakyat Sabah.
2.
Parti yang ditubuhkan pada Oktober 2016 oleh mantan Naib Presiden Umno
Datuk Shafie Apdal, hanya mendapat pemimpin yang berstatus wakil
rakyat, kerana ikhsan parti lain, bukannya atas sokongan rakyat, apa tah
lagi sokongan terhadap perjuangan parti itu “Sabah for Sabahan”.
3.
Datuk Shafie Apdal dan Datuk Jaujan Sambakong, berstatus wakil rakyat,
kerana bertanding atas tiket Umno pada PRU-13, demikian juga Darell
Leiking dan Terence Siambun atas tiket parti PKR, tidak kurang juga
kepada Junz Wong atas tikit parti DAP.
4. Semasa rakyat mengundi
mereka pada PRU-13, bukan berasaskan perjuangan mereka sekarang “Sabah
for Sabahan” akan tetapi rakyat mengundi atas faktor perjuangan parti
yang mereka wakili pada PRU tersebut.
5. Mereka itu, tidak boleh
menganggap, apabila mereka bertukar parti, maka rakyat yang mengundi
mereka dahulu, maka akan juga mengundi mereka menerusi parti baru.
Anggapan sedemikian, hanya anggapan mereka, bukannya anggapan rakyat.
6.
Para pemimpin parti Warisan Sabah sebenarnya tiada merit mempergunakan
istilah rakyat menyokong mereka, kerana, parti yang seharusnya
mempunyai merit menggunakan istilah demikian adalah, parti-parti yang
mendapat mandat daripada rakyat pada PRU-13 lalu, iaitu Bn, parti PKR,
DAP dan Star.
7. Pada PRU-13, Bn menang 48 kerusi daripada 60
kerusi yang dipertandingkan, manakala bukan parti Bn 12. Di Peringkat
parlimen pula, Bn menang 22 kerusi daripada 25 kerusi yang
dipertandingkan, sementara bukan Bn 3.
8. Para pemimpin parti
Warisan Sabah yang berstatus wakil rakyat, tiada jaminan, bahawa mereka
itu akan terus menjadi wakil rakyat menerusi parti baru, kerana indikasi
sedemikian tidak disokong di peringkat lapangan.
9. Mereka
tidak boleh menganggap bahawa pengundi yang mengundi mereka dahulu terus
menungundi mereka, mereka juga perlu berfikir, bahawa pengundi yang
mengundi mereka dahulu sedang menunggu untuk menghukum mereka.
10. Mereka perlu berfikir secara rasional, bukan hanya berfikir syiok sendiri.
11.
Mereka juga perlu berfikir, bagaimana reaksi rakyat terhadap parti
itu, terutama dengan terdedahnya, tindak tanduk pemimpin utama parti
itu, yang terkait dengan skandal penyelewengan wang rakyat.
12.
Kepada pemimpin parti Warisan Sabah, berhentilah mempergunakan istilah
rakyat, kerana anda sebenarnya diketawakan sendiri oleh rakyat.
13.
Apa tah lagi, rakyat tahu, bahawa parti itu dipimpin budak-budak
amatur atau ingusan seperti Aziz Jamman, Junz Wong, bukan pun mempunyai
latar belakang pejuang, akan tetapi hanya tahu bagai mana membuat
dakwaan bohong.
0 comments:
Post a Comment