Latest News

Wednesday 1 November 2017

Sisatan SPRM Di Sabah- Mengapa Shafie Gelabah?


1. Tiga tahun lalu apabila banyak pihak timbulkan berbagai projek KKLW bagi tempoh 2009-2015, Datuk Shafie Apdal bertindak sebagai lelaki, apabila membuat kenyataan secara terbuka, bahawa beliau akan berkerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk SPRM untuk menyiasat apa kah benar ada salah laku dalam kementerian yang beliau terajui. Beliau dengan nada yakin, tidak mungkin sesebuah kementerian yang mempunyai masalah akan mendapat sijil KPI yang cemerlang daripada Perdana Menteri.


2. Semasa kenyataan itu, beliau mengulas berbagai dakwaan daripada pihak pembangkang, bahawa projek-projek yang dilaksanakan KKLW di luar bandar selain mempunyai kos yang terlalu tinggi, namun malangnya banyak daripada projek-projek tidak mengikut speksifikasi dan tidak sampai ke kelompok sasar.

3. Di Sabah, bukan sedikit rakyat mengeluh, malah pada PRU-13 lalu beberapa kawasan tradisi Bn, jatuh kepada pembangkang, kerana rakyat merasa ditipu, kerana janji-janji kerajaan untuk menyelesaikan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik serta jalan kampung tidak ditunaikan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 2008.

4. Kerjaan Sabah menjadi musykil kemana peruntukan persekutuan yang disalurkan menerusi KKLW dibelanjakan? Mengapa kawasan-kawasan yang sepatutnya telah dibina kemudahan-kemudahan asas, penduduk kawasan-kawasan itu masih meraung, malah wakil rakyat yang mewakili mereka juga terus bersuara melalui Sidang DUN Sabah, sehinggakan menteri yang bertanggungjawab berkaitan pembangunan dan kemajuan luar bandar, hanya boleh menjawab, akan menulis kepada KKLW berkaitan perkembangan projek-projek yang dilaksanakan berserta lokasi-lokasi projek tersebut.

5. Kerajaan Negeri mempunyai maklumat yang terhad terhadap seluruh projek-projek yang dilaksanakan KKLW semenjak Datuk Shafie Apdal menerajui kementerian tersebut kerana seluruh projek dilaksanakan sepenuhnya kementerian tersebut. Apa yang kerjaan negeri tahu, hanya maklumat daripada Bajet negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, manakala pecahan projek-projek itu serta lokasi dilaksanakan, kerajaan negeri terhad pengetahuan.

6. Kini, akhirnya pihak SPRM menyiasat projek-projek KKLW di Sabah bermula tahun 2009-2015 yang membabitkan RM7.5bilion, dan dikatakan tidak kurang daripada RM1.5bilion daripada dana itu diselewengkan.

7. Sejak bermula siasatan terhadap dana KKLW yang meliputi bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan kampung serta bantuan untuk pelajar miskin, tiga individu telah dihadapkan ke mahkamah menunggu dibicarakan, sementara bermula pada 4 Oktober 2017, seramai 13 individu telah ditahan reman termasuk Datuk Shafie Apdal.

8. Penahanan Shafie menjadi isu politik, apabila MP Semporna itu mendakwa siasatan terhadap beliau bermotifkan politik.

9. Ekoran siasatan tersebut, Presiden parti Warisan Sabah itu menjadi gelabah, sehinggakan mengancam akan mengheret Ketua Menteri Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook