Latest News

Saturday 11 November 2017

Skandal Dana RM7.5bilion KKLW: Apa Kah Shafie Dipergunakan Orang-Orang Disekeliling Beliau?



1. Kalaulah hujah Ketua Wira parti Warisan Sabah- Datuk Aziz Jamman diambilkira, kononnya, Datuk Shafie Apdal menjalankan hidup sederhana jika dilihat rumah milik beliau di Kota Kinabalu dan Semporna, menggambarkan bahawa mantan menteri KKLW itu tidak mendapat “manfaat” daripada RM1.5bilion yang diselewengkan. Jika demikian duduk perkaranya, maka Shafie dipergunakan oleh orang-orang sekeliling beliau termasuklah Aziz, Peter Anthony, adik beradik Shafie selain keluarga beliau untuk mempengaruhi mantan menteri itu memberikan projek-projek kepada syarikat-syarikat yang dikawal mereka.


2. Melihat kelojikan kepada hujah Aziz, seolah-olah Shafie menjadi mangsa keadaan. Sebabnya, daripada segi KPI sebagai menteri, mantan Naib Presiden Umno itu mendapat penghargaan daripada Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013. Selain itu, pencapaian KKLW pernah melebihi 100%, iaitu 106%.

3. Memang Perdana Menteri memberi pujian daripada segi pencapaian membelanjakan dana KKLW yang dikawal Shafie. Pujian itu tidak ada kesangsian. Namun Perdana Menteri tidak memberi pujian terhadap keberkesanaan projek-projek di bawa kendalian KKLW bagi tempoh 2009-2015.

4. Memang diatas kertas, pencapaian Shafie cemerlang, namun dilapangan, sungguh mendukacitakan, sehinggakan SPRM terpaksa menjalankan siasatan.

5. Mengapa pencapaian di lapangan mendukacitakan? apabila kumpulan sasar, iaitu penduduk luar bandar di mana projek-projek itu seharusnya dilaksanakan, dan sepatutnya telah menyelesaikan rungutan mereka berdekad-dekad, akan tetapi, hak-hak itu tidak mereka rasai.

6. Kumpulan sasar menyalahkan kerajaan, malah kalau dilihat di media sosial atau laporan-laporan media cetak, saban hari bukan sedikit keluhan rakyat, dan semuanya berkaitan kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan kampung.

7. Kalaulah 350 projek KKLW daripada tahun 2009-2015 bernilai RM7.5bilion, seluruhnya berkaitan projek bekalan air bersih luar bandar (BALB), jalan raya luar bandar (JRLB) dan bekalan elektrik luar bandar (BELB) dilaksanakan sesuai dengan keperluan kumpulan sasar, kalaupun ada rungutan daripada rakyat luar bandar, berkaitan kemudahan-kemudahan asas seumpama itu, tidaklah seteruk apa yang berlaku sekarang.

8. Tahukah anda, dana RM7.5bilion sejak tahun 2009-2015, purata RM1.5bilion setahun. Jika dibandingkan dana itu dengan bajet negeri yang berlegar-legar antara RM3.8-Rm4bilion, dana RM1.5bilion merupakan 39.5%-37.5% daripada Bajet negeri, sedangkan bajet negeri hanya 8-10% untuk pembinaan kemudahan-kumudahan asas sedemikian, iaitu antara RM300-RM400 juta setahun.

9. Sungguh mendukacitakan, seharusnya kementerian Persekutuan saling melengkapi penyediaan kemudahan asas bagi penduduk luar bandar, namun, akibat perbuatan pihak-pihak tertentu, kemudahan-kemudahan itu tidak sampai ke kekompok sasar.

10. Berkaitan siasatan SPRM berkenaan dana RM7.5bilion, agensi itu tidak pernah menyatakan, bahawa Shafie bersalah, demikian juga tiada siapa pemimpin Sabah, apatah lagi Tan Sri Musa Aman menyatakan bahawa MP Semporna itu bersalah. Apa yang disiasat SPRM adalah untuk mengetahui, pihak-pihak mana menyebabkan dana RM7.5bilion dan sebahagian daripada dana itu diselewengkan, sehinggakan kemudahan asas keperluan rakyat luar bandar dinafikan.

11. Mengadili kenyataan akhbar Aziz Jamman pada 10 November, 2017, seolah-olah Shafie “ditipu” oleh orang-orang beliau sendiri, sehinggakan berlakunya ketirisan dana. Kebenaran mengenai siapa yang menyebabkan ketirisan dana, bukan sahaja rakyat mahu mengetahuinya, juga kerajaan, kerana dana RM7.5bilion adalah wang negara.

12. Penulis terkilan, apabila Ketua Wira parti Warisan Sabah itu, memberi penilaian, seolah-olah, pemimp

in pelaku penyelewengan dana awam, digambarkan dengan menerusi rumah yang dimiliki pemimpin. Dakwaan itu, seolah-olah jika ada pemimpin yang mempunyai rumah agam, maka telah melakukan rasuah.


13. Dakwaan itu, hanya merupakan dakwaan, dan tidak berpijak dibumi nyata. dakwaan seumpama itu, hanya berupakan tindakan meneggakkan benang basah; cuba melepaskan diri, cuba mengheret pihak lain dalam perbuatan sendiri.

14. Mendakwa Tan Sri Musa mempunyai jet peribadi, merupakan dakwaan karut, kerana tiada rekod mengenainya. Jika Musa menggunakan jet, jet itu adalah jet sewa, milik Syarikat Penerbangan Sabah Sdn Bhd (Sabah Air). Jet itu, boleh disewa oleh sesiapa sahaja, termasuk Datuk Shafie Apdal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook