Latest News

Saturday 11 November 2017

Strategi Menghadapi PRU14 : Beza Menyerang Dan Penerangan


1. Bagi individu atau kumpulan yang menyokong individu tertentu, jika ada pihak lain memberi penerangan atau penjelasan berkaitan seseorang itu, maka jika penerangan itu mendedahkan kelemahan apatah lagi perbuatan yang melawan undang-undang, maka bagi individu itu atau kumpulan yang menyokong beliau, sebarang penerangan atau penjelasan dianggap sebagai serangan peribadi.


2. Kini pemimpin parti Warisan Sabah, menganggap bahawa sebarang penjelasan atau penerangan berkaitan dengan kelemahan-kelemahan Datuk Shafie Apdal, khususnya semasa MP Semporna itu menerajui KKLW mereka anggap sebagai serangan peribadi.

3. Mereka mendakwa, menerusi “serangan” itu, maka menunjukkan bahawa Shafie merupakan ancaman kepada mereka.

4. Dalam satu kenyataan akhbar Ketua Wira parti Warisan Sabah- Datuk Aziz Jamman, mendakwa bahawa Tan Sri Musa Aman dan Datuk Ramlee Marhaban dalam kedudukan terancam, sebab itu mereka “menyerang” Presiden parti Warisan Sabah itu.

5. Kalau dilihat daripada rekod kenyataan atau ucapan dua pemimpin itu, khususnya Tan Sri Musa Aman, beliau tidak pernah menyerang Shafie, tindakan beliau hanya memperbetulkan kenyataan mantan Naib Presiden Umno itu. Sebagai contoh, kenyataan Shafie, bahawa DS Najib Razak tidak dikenali rakyat Sabah. Musa memberi ulasan, bahawa dakwaan itu karut, kerana Najib selain berkecempung dalam dunia politik sejak tahun 1976, juga anak kepada Tun Abdul Razak Hussien, selain berkedudukan Naib Presiden (selaku Ketua Pemuda) parti semasa Umno melebarkan sayap ke Sabah. Selain daripada itu, Musa tidak pernah mengulas berkaitan peribadi Shafie.

6. Berkaitan dengan dana KKLW sejak tahun 2009-2015 untuk pembangunan luar bandar Sabah, Musa memberi tahu perkara yang sebenarnya, bahawa 100% dana KKLW semasa Shafie menteri, semuanya diurus sendiri oleh KKLW, tidak melibatkan kerajaan negeri.

7. Kenyataan Musa itu, bukan serangan, akan tetapi penjelasan. Nampak gayanya, bagi pihak parti Warisan Sabah, sesuatu penjelasan yang memberi imej negatif kepada Shafie, dianggap sebagai serangan peribadi.

8. Berkaitan dakwaan politik pemimpin Warisan, kononnya apabila ada pihak lain memberi penjelasan berkaitan salah laku atau tindak tanduk yang tidak bertanggungjawab, khususnya berkaitan dana RM7.5bilion KKLW yang mana menurut siasatan awal SPRM tidak kurang RM1.5bilion telah diselewengkan, maka kedudukan Shafie merupakan ancaman kepada Musa dan Ramlee. 

9. Makna kata, apabila rakyat yang dinafikan kemudahan asas menerusi dana KKLW itu, diberitahu sebab musabab mengapa kemudahan asas itu tidak dirasai rakyat sasar, penyebabnya adalah tindak tanduk Shafie, maka Shafie mendapat nama baik atau mendapat sokongan rakyat, sebabnya dalam poltik, hanya seseorang yang mendapat sokongan rakyat, maka mempunyai kedudukan mengancam kedudukan ahli politik lain.

10. Dengan kata lain, menerusi kenyataan akhbar Aziz, beliau mengakui, bahawa hanya menerusi perbuatan salah laku, maka pemimpin mendapat sokongan rakyat. Atau dengan pengertian lain, jika Musa atau Ramlee atau pemimpin Bn lain tidak memberi penjelasan atau penerangan berkaitan salah laku Shafie semasa menjadi menteri KKLW, maka Shafie bukan menjadi pengancam dalam politik.

11. Kenyataan seumpama itu, adalah kenyataan syiok sendiri, cuba meneggakkan benang basah, kerana rakyat yang rasional tidak akan memberi sokongan kepada pemimpin yang bernoda, apatah lagi pemimpin yang sanggup menjarah bantuan kepada orang-orang miskin.

12. Cuba bayangkan betapa ramainya rakyat luar bandar menanti kemudahan asas seperti air bersih, bekalan elektrik serta jalan kampung, selain bantuan kepada pelajar miskin untuk membeli makanan tambahan, dinafikan hak mereka, hanya kerana perbuatan segelintir individu yang berada dalam “inner circle” Presiden parti Warisan Sabah itu.


13. Memang betul, setakat ini, belum ada pendakwaan terhadap Shafie, kerana SPRM masih dalam proses menyiasat, malah telah menahan reman beberapa individu termasuk Shafie dan Aziz sendiri untuk melengkapkan kertas siastan. Tiba masanya, jika ada kes prima facie, maka Orang Kena Tuduh (OKT) akan dihadapkan ke mahkamah.


14. Pendek kata, sebarang ulasan atau komen, berkaitan dana RM7.5bilion KKLW semasa kementerian itu di bawa teraju Shafie, semata-mata sebagai rasa tanggungjawab khususnya kepada rakyat yang dinafikan hak, juga kerana wang itu adalah wang rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook