Latest News

Monday 6 November 2017

Trans Sabah Gas Pipeline

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KEGIATAN UMNO-BN SABAH DAN MALAYA... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Memang ada MOU (perjanjian persefahaman) antara China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB)dan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd dan dinamakan “Agreements for the EPCC of Trans Sabah Gas pipeline and Multi – Product Pipeline Projekcts in Sabah” semasa lawatan Perdana Menteri ke China pada tahun 2016. MOU itu adalah antara syarikat, bukan melibatkan negeri atau negara. Lagipun MOU itu masih dalam bentuk kajian, perbincangan dan tiada amaun yang ditetapkan.


Dakwaan kononnya DS Najib Razak secara diam-diam menggadaikan kawasan minyak Sabah kepada China dengan nilai RM100bilion, adalah cerita karut dan rekaan.

Surian Sabah adalah syarikat disenaraikan di bursa Saham Malaysia. Sebagai syarikat senaraian awam, maka bebas mengembangkan perniagaannya, termasuklah projek kerjasama dengan pihak luar.

MOU itu, tiada kaitan dengan Petronas atau syarikat minyak milik Sabah yang bertanggungjawab terhadap carigali dan pengeluaran gas dan minyak. Jika pipeline itu dibina, maka ianya sebahagian daripada pelanggan Petronas atau Sabah Petrolimum Bhd. 

Mereka yang mempertikai MOU itu, sebenarnya mereka yang tidak faham berkaitan perniagaan. Perniagaan adalah saling terkaitan antara satu sama lain. Ada pembekal, ada pengguna. Menerusi MOU itu, kerjasama dua syarikat (Suria dan CPPB) adalah pelanggan. Sebagai pelanggan, sebarang gas yang disalurkan menerusi pipline itu perlu dibeli.

Ternampak sungguh, bagaimana bebalnya para penyokong pembangkang, apabila tidak faham berkaitan FDI (Foreign Direct Investment). Jika MOU menjadi kenyataan, ianya merupakan pelaburan langsung China ke Sabah. Impaknya memang cukup besar, buka sahaja pendapatan kepada negeri, akan tetapi peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Pengguna facebook itu bagaikan tukang sapu sampah, tetapi bercakap berkaitan cara-cara pembedahan jantung. Makna hanya merapu.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook