Latest News

Sunday 17 December 2017

APA PILIHAN RAKYAT SABAH DALAM PRU14 ?


1. Melihat keputusan PRU-13, dua kawasan parlimen berserta masing-masing kawasan DUN boleh dijadikan contoh impak parti dan calon.


2. Bagi maksud tulisan ini, kawasan Parlimen Libaran dan Kota Belud dijadikan contoh.

3. Pada PRU-13 lalu, bagi Parlimen Libaran undi Bn sebanyak 19,584 undi dengan majoriti kemenangan 11,586, manakala jumlah undi bagi Dun di kawasan parlimen itu Gum-Gum 5,548 dan Sungai Sibuga 16,637 menjadikan jumlah undi Bn bagi dua DUN tersebut sebanyak 22,185. Melihat perbezaan tersebut, seramai 2,601 pengundi yang mengundi calon Bn di peringkat Dun tidak mengundi calon Bn di peringkat parlimen. Kalau melihat jumlah majoriti, majoriti calon Bn di Dun Sungai Sibuga hampir menyamai jumlah majoriti di peringkat parlimen, apabila calon Bn di Dun tersebut Tan Sri Musa Aman menang dengan majoriti 11,569.

4. Demikian juga bagi Parlimen Kota Belud, undi Bn diperingkat parlimen lebih rendah berbanding jumlah undi di peringkat DUN. Pada PRU-13 lalu, undi calon Bn bagi Parlimen Kota Belud seramai 21,768, manakala undi bn bagi tiga kawasan DUN- Tempasuk (8,495), Kedamaian (4,998) dan Usukan (10,879) menjadikan jumlah keseluruhan 24,362 undi. Melihat kepada keputusan itu, bermakna seramai 2,594 pengundi Bn tidak mengundi calon Bn bagi parlimen.

5. Pada PRU-13, di Parlimen Kota Belud, DUN Kedamaian dimenangi pembangkang, namun jika diambilkira majoriti calon-calon Bn di peringkat DUN secara keseluruhan berjumlah 11,133, namun majoriti calon Bn di peringkat parlimen hanya 5,095. Melihat kepada kecenderungan itu, terlihat bagaimana faktor calon dan parti sangat mempengaruhi keputusan.

6. Dua contoh yang dipaparkan ini, boleh menjadi panduan kepada pucuk pimpinan dalam mengatur calon-calon pada PRU-14, bagi tujuan kemenangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook