Latest News

Thursday 28 December 2017

BAGAIMANA PENDAPATAN SABAH ERA PARTI BERJAYA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) I admit i never liked Harris Salleh... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

1. PADA masa itu, pendapatan Sabah terbahagi kepada dua kategori, pendapatan negeri dan pendapatan Yayasan Sabah.


2. Pendapatan negeri, seperti yang terdapat Laporangan Kewangan Negeri tahun itu, manakala pendapatan Yayasan Sabah adalah pendapatan Yayasan itu.

3. Pada Era parti Berjaya, kawasan balak menerusi konsensi Yayasan Sabah, begitu luas sekali, dan hasil pembalakan masa itu, berkali lipat ganda jumlahnya berbanding pendapatan negeri. 

4. Pada Era parti Berjaya, berbagai program membantu rakyat, termasuk Saham Yayasan Sabah diberikan oleh Yayasan itu, demikian bantuan-bantuan kepada para pelajar, termasuk projek susu percuma (malah hingga kini program susu sekolah masih ditaja yayasan itu).

5. Sebenanya pendapatan menerusi Yayasan Sabah begitu besar sekali, kerana masa itu sehinggalah era parti PBS sumber balak merupakan pendapatan utama Yayasan itu, sehinggakan pada era PBS ditubuhkan syarikat yang bernama Innoprise Corporation Bhd untuk mengurus khzanah hutan di bawa konsensi Yayasan itu.

6. Tahun 80-an isu penyelewengan penjualan balak menjadi isu politik, sehingga timbul nama-nama seperti Freddy Lim yang dikaitkan dengan Pengerusi Eksekutif Innoprise- Datuk Dr Jeffery Kitingan.

7. Sehingga kini, tiada rekod pendapatan Yayasan Sabah yang direkodkan yang boleh disemak sebagai perbandingan, sehinggakan pada era PBSpun, semasa isu penyelewengan penjualan balak menjadi isu politik, Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini SPRM mempunyai kesulitan mendapatkan data sebenar berkaitan hasil jualan balak oleh Yayasan Sabah atau Innoprise Corporation Bhd.

8. Jika menerusi kembali bagaimana kerajaan era parti Berjaya berbelanja, khususnya berkaitan bantuan-bantuan kepada rakyat, sumebr dana bukannya daripada pendapatan negeri, akan tetapi menerusi Yayasan Sabah, selain pinjaman luar khususnya daripasa Asian Development Bank, yang berjumlah ratusan juta ringgit.

9. Pengwujudan syarikat-syarikat milik kerajaan masa era Berjaya, bersumberkan dana pinjaman, bukannya dana daripada kerajaan negeri.

10. Jika dilihat pada masa itu, jumlah yang beredar di Sabah, memang angka RM4bilion ada kebenarnnya, namun jika angka itu dikatakan PENDAPATAN SABAH, adalah satu anggapan yang kurang tepat, malah anggapan yang salah.

11. Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah- Datuk Ramlee Marhaban tidak boleh dipersalahkan, kerana beliau hanya merujuk kepada jumlah pendapatan Sabah pada tahun itu sesuai dengan LAPORAN KEWANGAN NEGERI yang terdapat di arkib Kementerian itu.

12. Ramlee memberitahu angka sebenar, bukan angka politik. Manakala Datuk shafie Apdal memberitahu angka politik, dan tidak membezakan antara PENDAPATAN NEGERI dengan jumlah wang yang dibelanjakan di Sabah masa itu, kerana sumber wang tersebut adalah berbagai, iaitu daripada penjualan balak Yayasan Sabah dan pinjaman luar negara.

13. Sebagai contoh, pembinaan kompleks-kompleks Ko-Nelayan di seluruh Sabah, Sabah Forest Development (SAFODA), Sabah Forest Industry (SFI), malah Sabah Shipyard Bhd semuanya dibiayai menerusi pinjaman luar negara, khususnya daripada ADB yang berpusat di Manila.

14. Shafie dan pemimpin parti Warisan Sabah sebenarnya, tiada maksud memberitahu maklumat sebenar, akan tetapi cuba menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Keadah yang digunapakai oleh Presiden parti Warisan Sabah itu, adalah seperti cara Tun Dr Mahathir, iaitu sentiasa bercakap sesuatu yang tidak betul, dan apabila diulang-ulang, maka rakyat akan menerima sebagai betul. Keadah inilah yang digunapakai parti itu, untuk memesongkan fikiran rakyat, sehinggakan pencapaian kerajaan Bn Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman, diremehkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook