Latest News

Monday 18 December 2017

BANJIR KOTA BELUD TURUT DIPOLITIKKAN


1. Nampak sangat, bahawa pembangkang Sabah tiada isu yang boleh kepada rakyat, sehinggakan banjirpun dipolitikkan.


2. Banjir adalah bencana alam. Tiada negara di dunia ini terlepas daripada masalah banjir, termasuk di negara-negara maju seperti Amerika. 

3. Di negara kita, Ibu Kota Kuala Lumpur tidak terlepas daripada banjir. Di Semenanjung, saban tahun pasti berlaku banjir.

4. Memang kerapnya banjir yang melanda Kota Belud menjadi buah mulut bagi penduduk daerah itu, kerana sebelum tahun 2015, meskipun berlaku banjir akan tetapi tidak sekerap selepas gempa bumi Ranau pada 5 Jun 2015.

5. Pembangkang mempolitikkan banjir Kota Belud, seolah-olah kerajaan tidak berbuat apa-apa, sebaliknya mereka berbangga menyediakan sampan plastik kegunaan reaksi di tasik-tasik.

6. Kerajaan bertindak untuk menyelesaikan banjir, sebab itu kerajaan menyediakan RM140juta bagi tujuan itu.

7. Mempolitikkan banjir, tidak membawa apa-apa penyelesaian, sebaliknya, rakyat akan keliru, sehinggakan tidak menerima bahawa bencana banjir Kota Belud adalah akibat fenomina alam, bukannya ciptaan manusia.

8. Para pemimpin amatur pembangkang, menganggap banjir yang kerap melanda Kota Belud selepas gempa bumi Ranau tahun 2015, adalah ciptaan manusia, sedangkan gejala banjir itu diluar kawalan manusia, termasuk para pemimpin.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook