Latest News

Saturday 2 December 2017

Beza antara Istilah Penduduk dan Rakyat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Our deputy president is talking about PTI problem in Sabah... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)

Penduduk adalah insan-insan yang didapati berada di Sabah pada satu-satu masa yang terdiri daripada bukan warganegara dan warganegara. Manakala rakyat hanya terdiri daripada warganegara. 


Kini Sabah mempunyai penduduk 3.9juta di mana 2.7juta adalah rakyat. Berasaskan rekod sejak tahun 2010, jumlah bukan rakyat telah bertambah daripada 800ribu kepada 1.2 juta. 

Jika membandingkan jumlah rakyat Sabah pada tahun 2010 dengan 2017, telah bertambah 350ribu atau 15 peratus atau purata 2.13% setahun. Kadar pertambahan itu adalah normal bagi pertambahan kelahiran sesebuah negara atau negeri. Kadar itu itu bukan kadar luar biasa, kerana setiap 1000 penduduk kelahiran hanya 21 orang.

Kenyataan MP Penampang itu, yang mendakwa bahawa kadar itu, menunjukkan rakyat Sabah sangat produktif adalah tidak benar, kerana kadar kelahiran dunia adalah 2.5%, ertinya setiap wanita subur melahirkan anak 2.5 orang, manakala Sabah hanya melahirkan 2.1orang. Kelahiran yang dikatakan produktif apabila seorang wanita subur melahirkan 5 anak. Di Negara cina kadar kelahiran masih 30/1000, manakala Yemen 90/1000, manakala Iran 60/1000.

Kadar kelahiran sebesar 2.1% bukanlah kadar kelahiran yang tinggi, akan tetapi kadar kelahiran normal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook