Latest News

Tuesday 26 December 2017

DILEMA PERBELANJAAN KEMBALI KE SEKOLAH


1. Bagi ibu bapa yang cukup pendapatan, perbelanjaan kembali ke sekolah tidak menjadi masalah. Namun bagi mereka yang kurang pendapatan, kembali ke sekolah merupakan satu dilema.


2. Keperluan sekurang-kurangnya RM1,500 seorang diperlukan, termasuk membeli uniform, kasut, buku tulis, pen dan bayaran-bayaran tertentu semasa mendaftar.

3. Perbelanjaan persekolahan tidak hanya menghantui ibu bapa pada awal sesi prsekolahan sahaja, malah sepanjang tahun kerana setiap sekolah mempunyai kos-kos tambahan lain dan berbeza seperti peruntukkan pembelian buku rujukan, buku latihan “wajib” dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta hari sukan.

4. Maka tidak hairan apabila ada ibu bapa pening memikirkan kos yang perlu diperuntuk, selain itu ibu bapa juga berdepan dengan peningkatan kos kehidupan.

5. Memang jelas perbelanjaan persekolahan amat membebankan ibu bapa tanpa disedari, namun ibu bapa tiada pilihan kerana pendidikan anak-anak paling utama. Pada saat ibu bapa menerima senarai barangan yang perlu dibeli di koperasi sekolah, pasti mereka akan mengeluh.

6. Memang kerajaan membantu RM100 setiap seorang pelajar yang dipanggil bantuan pra sekolah, namun jumlah itu jauh daripada cukup.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook