Latest News

Friday 15 December 2017

Disebalik Agenda Malaya dan Agenda Borneo


1. Hakikatnya, tiada istilah agenda malaya atau agenda borneo bagi majoriti rakyat Sabah. Mereka yang membawa isu agenda malaya dan agenda borneo, adalah mereka yang tiada isu untuk di bawa kepada rakyat.



2. Sabah bukan dalam keadaan dijajah, sehinggakan perlu terpengaruh dengan istilah agenda. Dalam negara ini, tiada yang membawa agenda malaya ataupun borneo, kecuali mereka yang terdesak untuk mendapat sokongan.

3. Semua jajaran kepimpinan barisan nasional membawa agenda nasional, iaitu agenda Malaysia. Para pemimpin barisan nasional membawa agenda memajukan negara daripada Perlis hinggalah ke Sabah. 

4. Pemimpin Barisan Nasional mempunyai agenda besar untuk negara, bukannya seperti mereka yang membawa agenda sempit, seperti mana diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang yang mahu mempergunakan rakyat untuk mencapai cita-cita peribadi mereka.

5. Agenda pembangkang, sebenarnya bukan untuk rakyat, akan tetapi agenda peribadi.

6. Rakyat Sabah perlu rasional dan jangan sama sekali terpengaruh dengan dakyah pembangkang, kerana mereka itu, hanya menabur janji bulan bintang.

7. Parti Barisan Nasional bukan sahaja teruji akan tetapi mempunyai rekod membela rakyat. 

8. Kepada rakyat Sabah, jangan sama sekali terpancing dengan bunyi guruh di langit, lalu air di tempayan dicurahkan.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook