TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Sebelum Pru13 sudah tabur janji. Abuk pun tarak.. Oleh FB Momogun (screenshot)
Mereka yang bercakap, kononnya janji-janji Bn tidak ditunaikan, adalah
mereka yang tergolong tidak jujur, kerana berasaskan fakta, hampir 95%
janji-janji Bn semasa PRU-13 telah dilaksanakan, malah bagi kerajaan
Sabah hampir 100% telah ditunaikan.
Bagi mereka yang merujuk
janji Perdana Menteri hujung bulan November 2017 semasa kongress PBS
ke-32 berkaitan MA63, peerkara itu sejak diperhalusi, sedang diteliti,
semua pihak, kerana perkara itu, sungguh rumit, kerana perlu penyediaan
data bermula tahun 1963, dalam bentuk laporan terperinci, untuk tujuan
membuat keputusan “once for all”. Pihak kerajaan negeri (Sabah dan
Sarawak) sedang menyediakan semacama LAPORAN KEWANGAN yang mengandungi
“DEBIT” dan “KREDIT”, supaya mudah mudah mengambil keputusan.
Membuat
keputusan berkaitan MA63, tidak boleh terburu-buru, kerana semua pihak
perlu melihat semua aspek. Keputusan berkaitan MA63, bukan macam masak
mee segera!!!. Mereka yang suka sangat mendapat keputusan segera,
sebenarnya bukan membela rakyat Sabah dan Sarawak, akan tetapi mempunyai
niat jahat, mahukan kesilapan berlaku, supaya menjadi isu bagi mengecam
kerajaan. Mereka itu, ada niat, ada udang di sebalik batu!!!.
0 comments:
Post a Comment