Latest News

Friday 29 December 2017

Hutang Isi Rumah Malaysia Susut-Salleh


1. Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Salleh Tun Said dipetik BERNAMA berkata, bahawa hutang isu rumah negara bagi tahun 2017 telah susut atau menurun berbanding tahun 2016.


2. Pada tahun 2016 Hutang Isi Rumah bagi negara adalah 88.4%, manakala setakat September 2017, kadar itu menurun kepada 84.6%.

3. Penurunan kadar hutang itu disebabkan oleh faktor penetapan gaji minima negara selain disokong kadar pengangguran yang rendah 3-4% setakat 2017.

4. Penurunan kadar hutang isi rumah itu menunjukkan bahawa semakin meningkatnya pendapatan rakyat boleh guna.

5. Penguranan hutang isi rumah juga ditandai dengan pertumbuhan KDNK negara pada kadar 9.9% berbanding hutang 4.9%. Perbezaan yang cukup ketara ini, menunjukkan bahawa rakyat mempunyai lebihan pendapatan untuk membayar hutang.

6. Meskipun pertumbuhan KDNK negara yang cukup baik, namun masih ramai rakyat yang tergolong dalam kategori B40. Menyedari situasi itu, kerajaan bertindak meneruskan pemberian subsidi tersasar, misalnya menerusi BRIM, pemansuhan bayaran tol, mengekang kenaikan kos dengan mengekalkan tarif elektrik sehingga tahun 2020, meneruskan pendidikan percuma selama 12 tahun, selain meneruskan bantuan buku teks percuma kepada para murid sehingga sekolah menengah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook