Latest News

Monday 18 December 2017

ISU BANJIR YANG SERING DIPOLITIKKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) umno bn di sabah... Oleh FB Mike Lius (screenshot)
(ii) This is keningau,my birth place... Oleh FB John Richard Stephen (screenshot)
(iii) 22TAHUN UMNO MEMERINTAH, INI HASIL NYA... Oleh FB Ponchai Puno (screenshot)

BANJIR merupakan bencana alam. Musibah banjir bukan terletak pada kemajuan. Di Kuala Lumpur, banjir kerap juga melanda.


Bagi mereka yang memperkatakan musibah banjir berkaitan dengan pembangunan, ianya tidak tepat. Di Kuala Lumpur telah dibina SMART sebuah terowong berharga ratusan juta untuk mencegah banjir, namun, kemudahan itu tidak juga dapat mencegah banjir kilat di ibu kota itu.

Musibah banjir yang melanda beberapa kawasan Sabah, akibat daripada jumlah hujan yang turun melebihi kebiasaan.

Di Kota Belud, kerana akibat pengendapan sungai impak kepada gempa bumi Ranau tahun 2015. Bagi kawasan Keningau, kawasan-kawasan tepi sungai menjadi sasaran banjir. Bagi kawasan Putatan, kerana kawasan-kawasan yang dilanda banjir adalah kawasan rendah, kerana kawasan sekitarnya telah ditimbun untuk membina kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, kompleks beli belah dan perumahan.

Fitrah air, mana-mana kawasan rendah akan dirempuh, sebab itu mana-mana kawasan rendah diterja banjir.

Bagi mengatasi banjir Kota Belud, kerajaan memperuntukan RM140juta untuk menggali sungai-sungai yang cetek termasuk memperdalam muara. Diperkirakan akan memakan masa antara 2-3 tahun diperlukan untuk memperdalam sungai-sungai berkenaan.

Pembangkang hanya tahu bercakap, sedangkan kerajaan adalah pihak yang melaksana. Pembangkang hanya melihat menggunakan mata, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook