Latest News

Thursday 7 December 2017

Isu Sabah & Sarawak: Maksud Dato Seri Zahid Hamidi Yang Disalah Tafsirkan Oleh Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional telah menunjuk... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

Amaran yang dimaksudkan oleh Dato Seri Zahid Hamidi berkaitan slogan “Sabah for Sabahan” dan “Sarawak for Sarawakian” adalah mereka yang memperjuangkan slogan itu bukan berlandaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, seperti perjuangan Doris Jones menerusi laman maya Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).



Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu bukan sahaja disalah tafsir akan tetapi cuba diputar belit, kononnya, kerajaan Persekutuan menunjukkan kuasa, bertindak mengugut atau mengancam. Hakikatnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri ditujukan kepada mereka yang mahu melanggar undang-undang negara.

Jika pengertian Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian berlandaskan perlembagaan atau MA63, ianya seharusnya tidak timbul, kerana jelas Perdana Menteri telah menyatakan, jika masa dahulu ada hak-hak dua negeri itu telah terambil, maka perlu dikembalikan. Apa yang terpenting dalam kenyataan Perdana Menteri, tidak pula menyebutkan yang terlebih beri.

Puak pembangkang dan penyokong mereka, janganlah memutar belitkan cerita yang jelas demi politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook