Latest News

Sunday 31 December 2017

KEPELBAGAIAN ASAS KESTABILAN NEGARA- SALLEH


1. KEPELBAGAIAN yang diraikan oleh rakyat majemuk negara ini merupakan asas kepada keamanan negara ini.


2. Sudah menjangkau lebih setengah abad rakyat negara ini merayakan kepelbagaian, bukan sahaja telah menjamin kemajuan, akan tetapi rakyat hidup dalam kerharmonian.

3. Meskipun kepelbagaian itu tercaca oleh peristiwa 13 Mei 1969, namun pemimpin kerajaan dengan cepat bertindak untuk kembali dan menanamkan sifat toleransi antara masyarakat majemuk terus dipelihara.

4. Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Salleh Tun Said dalam entri terbaharu beliau menerusi blog www.sskeruk.blogspot.my pada hari ini yang bertajuk Malaysia 2018, mengingatkan rakyat negara ini, bahawa kestabilan dengan meraikan kepelbagaian merupakan wajib bagi setiap rakyat negara ini.

5. Salleh mengingatkan rakyat bahawa formula yang digubal di antara British dan Parti Perikatan terdiri daripada Umno, MCA dan MIC mengambil kira kepelbagaian kaum dan agama yang membentuk negara ini yang memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya badaya maju.

6. Menurut beliau lagi, kepelbagaian itu dipertingkat dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 apabila kekayaan multietnik di negara ini bertambah menerusi penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

7. Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, ketibaan 2018 bermakna sudah 60 tahun Malaysia mencapai kemeredekaan selepas negara baharu itu dilahirkan pada 31 Ogos 1957 yang penubuhannya diasaskan atas semangat kesederhanaan, persefahaman dan toleransi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook