Latest News

Friday 22 December 2017

Kerajaan Rasuah- Hanya Mainan Kotor Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Shafie says Warisan will not join any opposition coalition... Oleh FB Junz Wong (screenshot) (screenshot) (screenshot)

APABILA mantan pemimpin MCA Eric Vun bersama 500 ahli parti itu di Sabah bagi kawasan Kapayan menyertai parti Warisan Sabah hujung minggu lalu memberi alasan, kononnya mereka meninggalkan parti mereka, kerana kerajaan yang dipimpin parti Barisan Nasional adalah rasuah.



Dakawaan itu sebenarnya membuta tuli, kerana di Sabah tiada pemimpin kerajaan yang pernah ditangkap atau disiasat kerana tuduhan rasuah.

Eric Vun seolah-olah buta dan pekak, apabila tidak mengakui bahawa Presiden parti Warisan Sabah, adalah salah seorang individu yang telah ditangkap dan disiasat SPRM kerana rasuah, malah pemimpin itu sedang menunggu untuk dihadapkan ke mahkamah.

Dakwaa Eric, hanya bersifat rekaan, kerana tiada bukti atau fakta yang menunjukkan, bahawa pemimpin atau kerajaan Sabah adalah rasuah.

Kalaulah kerajaan Sabah mengamalkan rasuah, tidak mungkin kewangan negeri bertambah begitu tinggi sekali, kerana pada tahun 2003 simpanan wang negeri hanya RM184juta, kini mencecah RM3.74bilion. Manakala Bajet negeri pada tahun 2000-an tidak sampaipun RM1.5bilion, akan tetapi pada masa kini mencecah di atas RM4bilion.

Kalaulah kerajaan negeri mengamalkan rasuah, tidak akan banyak pembangunan di Sabah yang diurus oleh kerajaan negeri. Apa yang malang, Eric cuba menyembunyikan fakta bahwa RM7.5bilion dana KKLW daripada tahun 2009-2015 semasa Datuk Shafie Apdal menjaga kementerian tersebut yang RM7.5bilion untuk membina kemudahan asas rakyat Sabah tidak sampai ke sasaran. Kini, SPRM sedang menyiasat ke mana dana itu dipergunakan, malah menurut siasatan awal badan pencegah rasuah itu tidak kurang RM1.5bilion telah diselewengkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook