Latest News

Sunday 31 December 2017

Manifesto Pembangkang Hanya Gimik Semata-mata Dalam PRU14


1. Pada PRU-13, Pakatan Rakyat (sudah berkubur) mengeluarkan Manifesto yang dipanggil Buku Jingga. Menerusi manifesto ditaburkan berbagai janji, bakal ditunaikan. Namun selepas itu, manifesto tinggal manifesto, malah di negeri-negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, tidak pun melaksanakan apa yang ditulis dalam manifesto tersebut.


2. Menjelang PRU-14, pembangkang khususnya Pakatan Harapan, sudah mengeluarkan manifesto demi manifesto. Sebenarnya manifesto itu, disesuaikan dengan keadaan bukannya satu perancangan yang hendak ditunaikan. Butiran-butiran di dalamnya, hanya senarai HARAPAN untuk memesongkan fikiran rakyat.

3. Pembangkang tahu betul, mereka tidak akan melaksanakan apa yang ditulis dalam manifesto, sebab itu mereka menulis apa sahaja berbentuk bulan bintang, berbentuk retorik.

4. Kalaulah ada undang-undang di negara ini yang boleh membicarakan bahawa orang yang berjanji akan tetapi tidak menunaikan janji, maka parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR dan PAS, sudah pasti telah dijatuhi hukuman kerana ingkar pada janji. DAP boleh dihukum kerana memerintah Pulau Pinang, PKR boleh dihukum kerana memerintah Selangor dan Pas boleh dihukum kerana memerintah Kelantan.

5. Kepada pengundi, anda kena berfikir secara rasional, membaca, mendengar manifesto pembangkang, umpama mendengar guruh di langit yang belum hujan bakal turun. Manifesto pembangkang, mengharapkan bulan jatuh ke riba. Bukti nyata, mereka tidak menunaikan janji.

6. Mereka yang sudah hinggar menunaikan janji, ibarat, mana ada anjing tidak mencium tahi, ertinya, mereka itu, akan sentiasa inggar pada janji. Penyakit pemimpin pembangkang kerapnya berubah-ubah fikiran, mereka bagaikan lalalng, ikut di mana angin bertiup, mereka bagikan camelon, berubah warna ikut warna daun. Mereka suka sangat buat U-Turn, menyesuaikan dengan keadaan, dan semua ini menggambarkan, bahawa mereka tiada pendirian. Mereka hanya mahu menunggang rakyat untuk mencapai keinginan masing-masing.

7. Berkaitan JANJI Tun Dr Mahathir semasa Mesyuarat Agung pertama PPBM, bahawa jika PH membentuk kerajaan Persekutuan, maka akan menjamin kebebasan bersuara. Sebenarnya mantan Perdana Menteri sedang bermimpi, kerana kebebasan bersuara di negara ini sejak DS Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri sudah dilaksanakan, termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

8. Kerana kebebasan bersuara itu, maka sesiapapun rakyat negara ini bebas memaki hamun termasuk kepada Perdana Menteri, malah kepada Raja-rajapun.

9. Berkaitan fitnah dan cerita putar belit, Tun Dr Mahathir merupakan pelopor, kerana mantan Perdana Menteri itu mengguna pakai pendekatan Joseph Gobbels, cerita palsu kalau diulang-ulang akan diterima sebagai cerita betul.

10. Tun Dr Mahathir bagaikan ibu ketam, mengajarnya anaknya berjalan lurus. Lumrah manusia, perkara biologis yang ada pada sanubari, tidak akan mudah terhakis, demikian juga faktor biologis yang pada mantan Perdana Menteri itu, iaitu sifat dengki, bahawa tiada manusia lain boleh lebih baik daripada beliau.

11. Yakinlah sebarang janji pembangkang termasuk janji Tun Dr Mahathir, semuanya hanya GIMIK!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook