Latest News

Wednesday 13 December 2017

Mengapa GST Jadi Isu?


1. GST menggantikan SST. GST berkadar 6%, manakala SST 15%. Kalau harga barang RM100, dengan GST menjadi RM106, manakala menerusi SST RM115. Jelas sekali RM106 lebih rendah berbanding RM115. Jadi mengapa GST dijadikan isu sebagai faktor kenaikkan harga?


2. Masalah yang menyelubungi GST adalah diperingkat awal, penerangan berkaitannya kurang efektif, sehinggakan pembangkang lebih dahulu memutar belitkannya. Kemudian itu diburukkan oleh peniaga yang sebelumnya tidak membayar cukai perniagaan, mengambil peluang meletakkan harga RM100+15%+6%; sehingga harga RM100 menjadi RM121.90!!!. Dalam keadaan ini, bukan GST yang menyebabkan harga naik, akan tetapi tindakan peniaga.

3. Faktor lain, adalah fenomena global, di mana memang berlaku kenaikan harga. Kalau ada yang mengatakan kerana ringgit melemah, sebenarnya ringgit ditambat pada RM3.80 sedollar Amerika, berbanding dengan RM4.21 sedollar, tidaklah sangat ketara kerana peningkatan barang import dalam lingkaran 11%. 

4. Hakikat yang disembunyikan oleh mereka yang suka sangat bercakap berkaitan kenaikkan harga, bahawa keperluan harian rakyat bukan barangan import, kalau adapun komoditi import seperti beras, tepung, bawang, tetapi komoditi itu di bawa kawalan harga oleh kerajaan.

5. Boleh dikatakan hampir seluruh keperluan harian rakyat (sara hidup) bukan keperluan gaya hidup, tidak dikenakan GST. Mengapa GST dijadikan isu???, tidak sedarkah mereka yang bercakap GST itu!!!

6. Sebenarnya, rakyat yang mengkambing hitam GST, hakikatnya mereka tidak faham apa itu GST, sebaliknya mereka terpengaruh dakyah awal daripada pembangkang.

7. Mengapa GST dikambing hitamkan? sebabnya kebanyakan mereka yang sebelum ini tidak membayar cukai, maka selepas pengenalan GST, maka mereka tidak dapat melarikan diri daripada membayar cukai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook