Latest News

Wednesday 6 December 2017

MENJELANG PRU-14: ANTARA GOSIP DAN FAKTA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Yang memberikan IC kepada PATI siapa... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

1. Contoh GOSSIP yang digunakan pembangkang adalah berkaitan 1MDB. Syarikat itu berulang kali menyatakan TIADA wang yang hilang, namun pihak pembangkang khususnya Tun Dr Mahathir mempergunakan jalinan dengan media antarabangsa sehinggakan dapat mempengaruhi DOJ Amerika untuk membuat saman sivil, bagi merampas harta yang kononnya dibeli dengan wang 1MDB.


2. Sebenarnya, kalau berasaskan FAKTA, 1MDB hanya terkaitan dengan IPIC, syarikat Abu Dhabi yang melibatkan pelaburan RM3.5bilion oleh syarikat milik negara itu. Namun, didapati kemudian, pelaburan itu diselewengkan oleh individu berprofile tinggi syarikat itu. Jika berasaskan perjanjian, 1MDB hanya terkait dengan IPIC. 

3. Oleh kerana 1MDB mempunyai nilai politik, maka pembangkang dengan dibantu media antarabangsa, mempergunakan syarikat itu, dengan tujuan memalitkan imej buruk kepada Perdana Menteri.

4. Hakikatnya, cerita berkaitan 1MDB hanya sebuah gossip sensasi. Sebuah gossip terpaksa menunggu masa untuk dirungkai, kerana mereka yang suka sangat menerima gossip sebagai cerita benar, memang merupakan satu fenomena dalam negera.

5. Adalah diakui, di negara ini, ramai sangat suka menerima gossip sebagai cerita benar. Sebab itu, semasa PRU-13 lalu, pekerja asing bangla diminta oleh pihak tertentu memakai T-shirt BN, kemudian diambil gambar dan seterusnya diviralkan, kononnya seramai 40ribu bangla mengundi dalam PRU tersebut.

6. Kini, terdapatnya pihak-pihak tertentu termasuk artis mempergunakan cerita gossip untuk membuat dakwaan berkaitan kerajaan. Pembangkang sudah ambil maklum, bahawa gossip mempunyai nilai berita yang tinggi, sebab itu, baik media atas talian mahupun media-media pro pembangkang memberikan ruang yang cukup besar kepada cerita-cerita seumpama itu.

7. Menjelang PRU-14, parti Kerajaan Bn, terpaksa berdepan dengan cerita-cerita gossip, khususnya yang boleh membangkitkan emosi rakyat. Emosi boleh mendorong seseorang daripada hakikat sebenar.

8. Di Sabah pula, pembangkang membuat dakwaan berkaitan pemimpin yang dikaitkan dengan pembalakan, projek-projek serta lifestyle pemimpin, termasuk menceroboh kediaman pemimpin dengan menggunakan drone.

9. Pembangkang mempergunakan gambar-gambar lama di internet khususnya berkaitan jalan-jalan, rumah-rumah usang, kemudian disegarkan, seolah-olah fakta dalam gambar itu, adalah fakta terkini.

10. Apa yang paling lucu, cerita-cerita lama berkaitan PATI (pendatang asing tanpa izin) dikaitkan dengan pemimpin tertinggi Sabah, sedangkan semua itu hanya gossip. Tindakan kerajaan Sabah berkaitan PATI, sesuai dengan keputusan RCI Sabah, adalah MEMBURU, MENANGKAP serta menghantar pulang ke negara-negara asal, sehingga Sabah SIFAR PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook