1. Contoh bagaimana pembangkang memberikan persepsi negatif kepada
kerajaan, apabila artis seperti Shelia Majid, membuat kenyataan kononnya
RAKYAT marah, kerana barang mahal, ekonomi merundum, nilai ringgit
terhadap dollar Amerika menjunam. Cara artis itu meluahkan kenyataan
itu, bertujuan membangkitkan emosi rakyat, kerana apa yang disebutkan
itu memang benar-benar berlaku.
2. Kenyataan itu, memang
mengabaikan perkembangan ekonomi sejagad, kerana sesebuah kemajuan perlu
diikuti dengan kenaikan harga barang. Namun dakwaan, kononnya ekonomi
merundum, adalah kenyataan tidak betul, kerana tidak berpaksi pada
kenyataan. Manakala nilai ringgit terhadap dollar, memangpun menurun,
kerana sebagai impak kepada penurunan harga minyak, namun nilai wang
negara itu, sejak akhir-akhirnya telah meningkat 9% terhadap dollar
Amerika.
3. Penyanyi Sinaran itu, langsung tidak merujuk,
bagaimana konsert beliau yang berharga RM888 sold-out. Jika benarlah
rakyat tidak berduit, bagaimana pula membelajakan wang sebesar itu hanya
untuk melihat artis itu berlengok di pentas!!!!.
4. Contoh lain
apabila seorang lagi artis meroyan di facebook “Fatihah Latiff” yang
membuat kenyataan tidak betul, umpamanya membuat kenyataan “apa kah anda
telah menerima BRIM anda untuk tahun 2017”, kenyataan seumpama itu,
menunjukkan bukan sahaja artis itu buta maklumat, akan tetapi mahu
menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan tidak tunai janji.
5.
Memang kenyataan berkaitan sara hidup, akan mempengaruhi sebahagian
segmen masyarakat, kerana memang akan terasa apabila membandingkan harga
sekarang berbanding 10 atau 5 tahun lalu. Namun, mereka tidak bercakap
bahawa pendapatan 10 tahun lalu hanya RM3,000 sedangkan sekarang
RM6,000.
6. Meskipun pembangkang dan penyokongnya saban hari
bercakap berkaitan sara hidup, namun TIADA sebarang laporan, bahawa ada
rakyat negara ini kebuluran. Malah mereka yang mendiami jalananpun,
mendapat makanan percuma.
7. Mereka tidak bercakap berkaitan
bagaimana kerajaan memberi bantuan, umpamanya bayaran kepada petani,
nelayan, penoreh, ibu tunggal, warga emas, OKU, malah yang kehilangan
kerjapun, dibayar RM600 sebulan selama 3 bulan.
8. Para
pengeritik kerajaan ini, langsung tidak memberi merit kepada Bantuan
Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan sehingga RM1200
sekeluarga bagi yang berpendapatan kurang RM4000.
9. Selain itu,
pembangkang bertindak menyerang perbadi para pemimpin Bn, namun pada
masa yang sama hipokrit berkaitan pemimpin pembangkang. Mereka tidak
bercakap berkaitan rasuah yang melanda Pulau Pinang termasuk Ketua
Menterinya, tidak bercakap berkaitan rasuah di Selangor yang berkaitan
saudara mara Menteri Besar.
10. Pembangkang langsung
mengenepiikan kemajuan yang di bawah kerajaan Bn, akan tetapi cuba
membuat membangkitkan isu-isu harian, kerana mereka tahu, isu-isu
seumpama itu berjangka hayat pendek, akan tetapi mampu membangkitkan
emosi.
11. Kepada pemimpin dan penyokong kerajaan Bn, perlu peka
terhadap cara serangan pembangkang dan pengikutnya, kerana cara yang
tepat, adalah, menerusi AKSI DAN REAKSI.
12. Sempana PAU ke-71,
para perwakilan, bahasan perlu fokus kepada tindakan AKASI DAN REAKSI.
Sebagai contoh, akui bahawa harga teh tarik dulu RM1, sekarang RM1.50,
namun dulu pendapatan RM1000, sekarang RM2000. Dulu, jika kehilangan
kerja, pendapatan kosong, sekarang RM600 sebulan untuk 3 bulan, jika
dulu nelayan masa musim tengkuju pendapatan KOSONG, sekarang RM300
sebulan. Fikir-Fikirkan Lah.
0 comments:
Post a Comment